Followers

Showing posts with label abang sayang. Show all posts
Showing posts with label abang sayang. Show all posts

Wednesday, 17 April 2013

Renungan bersama

Kadang-kadang kita mudah terpengaruh dgn apa yang disukai oleh org kesayangan kita tanpa mempedulikan buruk atau benar sesuatu tu. Share dan like apa yang disukai mereka sedangkan kita tau benda tu salah. Hidup ni kena berperinsip. Kalau bakal pasangan/pasangan kita tak betul hala tujuannya. Kita tak boleh simply kata: 'i pn tak perfect, agama pn tak kuat mana'. Membenarkan walhal kita tau apa y pasangan kita buat tu salah. Hubungan macam ni takkan sampai ke mana. Kesimpulannya: jadi org y berperinsip, jgn terlampau sygkan seseorang sampai tak dapat nak bezakan y baik dan buruk.

~Find someone who will bring u closer to Allah, the one that will be ur best friend and companion, who brings u true love, mercy and tranquility, who will support u on the path to jannah, who cares abt u and the ppl u love and the things u love to do, the one who will love u and be patient, caring and understanding with u in easy and difficult times, who will be the best mother/father to ur children, who will enjoy the simple but beautiful things in life, who will help u be a better person, who u will grow old and be happy with..

~ (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(An-Nuur 24:26)~

~“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)~



Till then,
Luv, xoxo ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, 10 November 2012

Another date at aeon.. Again.. ;)

Assalammualaikum,
Happy sunday ;)

We slept after zohor yesterday. Went to tesco at abt 11am. Arrivd home @ abt 1pm. We both sgt lapa, abg mmg tak makan ape. We thought tht is ok since ktorang ingat nk pegi abg fren's wedding reception then boleh lunch kat sane je. Malas gila kan? ;p but then, sbb lapaw benaw abg request buatkan die maggi tomyam. Masukkkan telur skali syg.. Kate beliau. Me? Okkk bos.. ;)

Then after makan2. Its already abt 1.30+pm. Kalau smpai lambat takut macam tak proper so we cancel out ktorang nye plan tuk pegi the wedding. We both slept after performing our zuhor prayer!! Mmg ternak prot la kan? Baru lepas mkn megi..

Bangun2 aku mandi.. abg g surau solat jap. Balik2, Abg tnye, syg nak klua jalan2 tak. Aku? Sbb mcm hujan. Pastu abg plak. Sblm g surau td, request benda y aku cm xske~ aku cm majuk jap. Aku pn kate tamo.. (dlm hati nak, ngade2 gle) >_< lepas sesi pujuk memujuk jp~

Ktorang klua..

Dan smmgnya megi je spanjang aineh plus pizza roti buatan sendiri y xsememeh pg tadi~ mmg lapa gle la~




((Pizza roti smlm, sblm bakaw dlm oven. Lepas bakaw xde snap pic plak))

So ktorang plan g mkn dlu. Sblm tu abg ajak g bli tiket muvie dlu..

So yesterday, we watched the bond movies double 'O' 7..




((skyfall))!!
Rating: 8.5/10
Best jgk la.. ;)

Next after bli tiket kembali kepada plan asal y paling penting. Perut perlu dipelihara dgn baik ok! Gee~

Aku cm teringin nak makan kenny rogers. Time tu da kul6.30. Sampai kenny rogers org tu kate lagi 40 mnt baru ayam siap. Ne sempat wei >_<

Jadi ktorang berubah arah. Since abg request tuk makan nandos. So, we went to nandos

The ambience of the restaurant is nice













Staff pn ok. We ordered meal platter for 2. Rm 53. Plus govt & service charge the total was abt rm63.









Food taste was nice, ayam dapat full. 1/4 x 4. 2 side dish sweet potato & corn on the cob best but as for the chicken aku lagi ske kenny rogers lebih sket. Abg plak.. Lagi ske nandos. Taste bud org lain2 ;)

Food rating, to me: 6/10
Food rating frm abg: 10/10

Aku tanya btol2 kat abg tu.. Beliau kate 'kita kne bersyukur syg..' :X hence, the 10/10

So kat cni aku nak jelaskan review ini untuk dri sndri shj. Kenangan.. ;) aku stress outkan lagi skali.. Taste budd org lain2.. Sbrg decision korang nak makan kat cni atau x bergantung kepada dri sndri ^_^

So today ada left over ayam 1/4 y ktorang tapaw balik umah aku gne utk buat pizza for breakfast!!




((sosej ayam cendawan ayamas, ayam dr nandos smlm, bawang y dmayang))




((for the sauce aku gne sos tomato, sos 008, ngn black pepper sauce.. Cheese: gne mozarrella cheese, ppe brand pun xpe. Asal halal))

Roti pizza buat y sng2 je.. Resepi: ley search tenet..




Next, ngapp! ;)

Ok nk bersiap tmn abg g klas pastu g majlis akikah anak sedara aku.

As for what i wear.. Nanti aku post.. Kalau aku tangkap gambo~ >_<

Till then,
Happy sunday korang!
Luv, xoxo ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, 9 November 2012

Tuesday, 6 November 2012

Kursus @ naza tallya hotel melaka part 1

Im now at naza tallya hotel, melaka! Nga kursus seorang dri tanpa abg~ sadd :(

Nothing much to share (bare utk tahan dan baca smpai abes ok) :)

Abg hantarkan aku ^_^ beliau half day smlm.. Aku basuh baju, sidai baju, masak, packing baju.. Around 3 o clock ktorang gerak g melaka..

Mak ngn abah ikot skali.. Kbetulan dorg sampai dr terengganu smlm. Jadi dorang sme2 ikot ktorang skali ke melaka~

Nak dijadikan cte, odw g melaka ujan sgt lebat. 4 accidents happen in a row ok! Nauzubillahu min zalik. 1st accident, kereta berpusing. 2nd accident treler, lori, 3/2 kereta skaligus! Smpai jatuh tepi divider (0.o) Next lori bawa terlebih muatan agaknya. Benda kertas gulung besar jatuh atas kereta viva smpai penyek kereta tu. Kren smpai dtg tlg angkatkan gulungan kertas. Masa ktorang smpai ctu alhmdulillah trafik slow tp da ok sket.. Sbb kwn aku stuck kt ctu je dkt sejam. Next the 4th and the last masa da klua exit ayer keroh.. Tak tau la accident ngn ape. Da penyek dpn blkg kete tu.. Huu

Moral of the story: bwkla kete elok2. Ingat la org2 tersayang.. Rase takot bila t'ingat hubby kena drive balik kL smlm~ alhamdulillah die slmt smpai..

Bila smpai je bandar melaka. Abg tros drive g hotel~ aku org 2nd last.. Nak dkt kul 6 kot wktu tu.. Check in start kul 3 lg..

Nxt.. Abg bwk ktorang g makan kat aeon. Sbb dkt ngn hotel.. Ktorang makan pizza. Mak nak makan pizza~ jom yutt.. hv a sneak peak! ;)




My one and only.. Hihi ^_^




Abah




Mak

Us @ pizza hut.. ;)

Lepas makan.. Abg antar aku balik hotel. Sob sob sob. Tglla aku sorang dri kat cni.. Abg smpai umh nak dkt pukul 11 mlm jgk la smlm.. Huhu

Aku..

Menanti hari untuk pulang balik ke rumah.. >_<

Nak tgk bilik aku tak?? Hehe




Tv cenonet




Pantry




Katil op kos..

Kul 7.30mlm ktorang (aku ngn rumet kenal smlm) trn.. aku g mkn lagi. Hehe~ makanan free do. Mkn je la..

8.30 ceramah start. Kul 10.30 abes ktorang naek bilik balik. Aku pn bersedia nak membersihkan badan neh. Da letih2 harus la segera membersihkan dri. Cari punye cari.. Xde berus gigi!! Even ubat gigi pn xde! -_- hotel apekah neh~ aku plak mmg tak bwk lgsg berus ubt gigi :( #da abes kursus nti aku akan buat review pasal hotel neh..

Aku pn ape lagi. Call operator tye mmg tde jual langsung ke berus gigi? Kalau berbayar pn xpe.. Aku tade kesahnye.. Jwpn dorang tadek.. Kedai paling dkt 7eleven. Y mne kne klua. Naik jejantas. Jln kaki amek lebih krg 15mnt dan menakutkan jgk sbb da nak tgh malam bru smpai??

Tapi da tpaksa.. Ktorang klua jgk. Mat motor hon bagai. Aku cme mampu doa dlm hati je~

Alhamdulillah slamat smpai 7e. Slmt smpai hotel blk. Smpai2 je.. Aku solat. Iron baju sket. Then zzz

Wht a day..




Till then,
Luv, xoxo ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, 28 July 2012

Little Taiwan, Aeon Rawang

Our sweet escape to lil taiwan @ aeon rawang~ ari tu lagi aku nak post tapi asek tade mase..

Aineh sambil baring2 di katil yang empok neh.. Boleh la meluangkan masa sket. Abg cbok tgk bola kat lua tu >_< sskali balik bangi.. (ktorang kat umah mak die) ;) Huu~ balik kepada our sweet lil escape to lil taiwan..

The food is actually not bad!

Aku mlenya tamoh makan kat situ. Sbb takot xsedap. Tapi tatau da makan ape. Nandos i dont like. Pizza no no no. Kedai2 lain pn~ xde tanda halal! So ktorang end up makan kat situ. Alhamdulillah. Kenyang~ bonus point: sedap jgk kedaii..

Thank u bos, belanja makan!


















Selamat mencuba korang!
@ Little Taiwan. Aeon, Rawang
- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, 24 July 2012

Just for sharing ;)

Sebenarnya da penah da bace entry neh. Blog y same. Cme hari neh tkesan lebih sket.. Rase nak reblog..
Pesanan/peringatan untuk suami-suami di luar sana..





Alangkah bahagia nye kalau suami-suami kat luar sana boleh buat smua tu.. Well at least tolong dgn ikhlas.. >_<


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, 15 July 2012

Friday, 6 July 2012

Zuriat

Hari ini hari jumaat.. Hohohoh (tanda gembira) hihi~ malam neh nak g melawat adeq aku kat spital serdang.. bertambah sorang lagi anak sedara aku ;) another baby boy.

Huhu~ aku nak baby jgk. Huu. Lame (same story) >_<

Aku terkesan lepas baca satu komen dari satu thread neh:

:) salam ukhwah.. di sini ingin ana luahkan isi hati ana sbg seorang wanita dan isteri.. setelah 2 thn ana berkahwin, ana belum dikurniakan zuriat lagi.. hati ini sayu apabila melihat pasangan lain bergembira menerima perkhabaran tentang kedatangan "ahli baru" dlm kluarga mereka. ana selalu tertanya2 di mana silap ana..kdg2 ana salahkan diri ana..astaghfirullah.. tipis sungguh iman ana.. xkurang juga syaitan memainkan perasaan ana, andai suami ingin kahwin lain jika ana tidak mampu lahirkan zuriat..  tapi syukur,alhamdulillah suami, mak ayah dan sahabat bnyak memberi sokongan.. sekarang ini ana masih  mengumpul kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup untuk menjadi wanita solehah.. tapi hati ini kdg2 terfikir siapa yg akan mendoakan aku andaikata aku tidak punya zuriat?.. bila ana terfikir soal itu sekali lagi airmata ini jatuh tak tertahan2.. 


Komen beliau:

 Allah SWT berfirman, "Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. " (asy-Syura: 49-50).

Di satu sudut, bersyukurlah puan telah mempunyai suami, tambah lagi suami yang memahami dan supportive....itu satu anugerah yang besar...puan telah terhindar dari salah satu fitnah dunia dengan adanya suami, puan telah terhindar dari satu gelaran jelek 'andartu', 'andalusia' atau 'tak laku', puan telah terhindar dari salah satu pandangan sinis masyarakat dengan adanya suami.... lihat saya ni, suami pun tak ada, jauh sekali mempunyai zuriat...

Di satu sudut lain... bersabarlah dengan ujian Allah yang diturunkan kepada puan....'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'... faham dengan apa yang dirasai puan...sepertimana sayunya hati orang yang tidak bertemu jodoh, seperti itulah sayunya hati orang yang menginginkan zuriat di kala melihat kegembiraan dan kebahagiaan orang lain.... semoga puan menjadi lebih kuat dan tabah... apa pun bergembiralah bersama suami dan cubalah berikhtiar mengikut saranan halaqian di atas....


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terkesan jugak bila baca thread neh.. Sesungguhnya Allah tu lagi maha mengetahui.. maha mengasihani.. Mustahil Allah nak menganiayai kita selain dari menguji dan menyayang. Makanye sesedih mana pun aku harap aku akan sentiasa ingat Allah tu sentiasa ada bersama aku..

Just for sharing.. Semoga TTCians lain pun dapat kuatkan semangat menghadapi ujian Allah yang satu ini...

From http://mindatahwil.blogspot.com/2011/11/anak-rezeki-kurniaan-ilahi.html

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sudah lama terniat di hati untuk menulis berkenaan isu ini. Ketika kakak sering mengadu belum hamil sedangkan sudah lebih kurang 6 bulan berkahwin, tetapi diri sendiri pun tiada kekuatan untuk menulis memandangkan saya sendiri juga masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah setahun berkahwin.

Bersembang dengan sahabat lama melalui facebook sebentar tadi membuatkan saya kembali bersemangat untuk menulis entri ini. Sahabat juga mempunyai masalah yang sama, masih juga belum dikurniakan rezeki zuriat walaupun berkahwin pada awal tahun ini dan membuatkan dia sedikit tertekan. Tambahan pula rakan-rakan sekerja sibuk bercakap-cakap dan bertanya soalan yang boleh menimbulkan kesedihan dan tekanan buatnya.

Lumrah bagi kaum wanita untuk berasa tertekan jika sering diasak dengan soalan tentang kehamilan. Apatah lagi jika usia perkahwinan sudah melebihi 6 bulan, tetapi masih juga tidak hamil dan si wanita/isteri itu seorang yang sukakan budak-budak dan sangat teringin untuk memiliki cahaya mata sebaik sahaja berkahwin.

Saya sendiri terkadang merasa tertekan dan sering berusaha menjadi tabah dengan memujuk diri sendiri. Mungkin kerana kami baru menikmati alam percintaan selepas nikah, jadi Allah sengaja memberi masa kepada kami untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan untuk lebih banyak masa berdua sebelum Dia memberikan zuriat kepada kami. Itulah yang saya sering fikirkan apabila masih juga gagal untuk hamil. Cuba untuk menjadi positif agar tidak bersedih hati.

Sebagai manusia, kita harus percaya anak juga adalah rezeki dari Allah Ta’ala, sama seperti harta dan kemewahan. Walaupun kita berusaha sehabis baik, tetapi Allah telah menyatakan bahawa ia bukan rezeki kita, maka kita harus terima sahajalah dengan redha. Mungkin kita belum betul-betul berusaha sehabis baik, atau mungkin saja amalan kita belum cukup ataupun kita tidak bertawakkal dan serahkan segalanya kepada Allah. Maka, mungkin disebabkan itu rezeki kita tertahan.

Apa yang penting adalah untuk sentiasa berfikir positif. Mungkin ada yang mengatakan menulis/berkata-kata itu lebih mudah daripada melakukannya. Ya, saya setuju. Memang susah untuk membuatkan diri berfikir positif, tetapi kita harus berusaha untuk berfikiran positif kerana dibimbangi fikiran yang negatif akan membuatkan kita berputus asa dari rahmat Allah. Na’uzubillah.

Jika diikut perasaan memanglah sedih, tetapi kita harus ingat bahawa segala yang Allah tentukan itu ada hikmah yang terselindung. Kalau sudah bertahun-tahun kahwin dan masih belum juga dikurniakan zuriat, janganlah bersedih hati. Setiap wanita yang sudah berkahwin, pasti menginginkan zuriat, namun harus diingat ada lagi kurniaan Allah yang lebih baik daripada itu untuk manusia yang beriman dan yang sabar. Allah telah berfirman di dalam al-quran yang bermaksud:

“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” – Al-Anfal:28

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shaleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” – Al-Kahfi:46

“Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal shaleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam surga).” – Saba’:37
“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu): di sisi Allah-lah pahala yang besar.” – At-Taghaabuun:15

Maka, janganlah kita bersedih hati jika masih belum dikurniakan zuriat. Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Mungkin juga Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kita, sedang kita tidak menyedarinya. Jika masih bersedih hati, atau jika ada antara rakan-rakan atau sanak-saudara yang sering mengasak dengan pertanyaan tentang zuriat, katakanlah kepada diri dan juga rakan-rakan dan saudara tadi maksud daripada ayat quran ini:

“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” – Asy-Syuura:49-50

Akhir sekali, jangan lupa untuk membanyakkan amal ibadah kepada Allah. Selalulah meminta pertolongan dan berdoa kepada-Nya. Semoga suatu hari nanti Allah akan memberikan zuriat untuk kita jika itu yang terbaik untuk diri kita dan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari itu jika itu bukan yang terbaik untuk kita. Wallahu’alam.

Dari aku:  Aku yakin, setiap ujian yang diberikan olehNya pasti ada hikmahnya.. Semoga aku dan suami, TTCians lain tergolong dalam mereka-meraka yang bersabar.. InsyaAllah.. Rezeki Allah maha luas. Akan sampai masa kita juga.. Sentiasa bersangka baik padaNya..


Wallahua'lam





Monday, 2 July 2012

Our dinner today ^_^

Krorang dinner lambat aineh. Aku start masak lambat. 4.30 baru thegeh2. 6.30 abg balik, baru siap masak puding roti, mashed potato ngan brown black pepper sauce.. Fish fillet ngn coleslaw xsiap lagi~ magrib ktorang g dgr kuliah kat surau. Balik dlm kul 9, baru smbung memasak. 10++ siap everything.. :) at last dpt mkn jgk.. Aineh selera western.. ;p 2 july 2012.. We are happily married for 1 year and 1 day today.. May Allah bless our marriage.. May we will be bless with lots of children sooner insyaAllah. Till then, thank u Allah for all the loves~

























Pudding roti bakar
Tempura fillet fish
Broen black pepper sauce
Mashed potatoes
Coleslaw with grapes and honey cornflakes ;)
Fresh milk bandung

Wallah. Alhamdulillah ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, 18 June 2012

Update: RESULT Research series bulan pertama!


---------->  RESULT: FAILED


Updated 19/06/2012:

Huhu. Period aku menjelma pagi tadi. Kul 3 pagi. Time ngah oncall. Kali neh lame dari yang selalunya

Length of  my period this month: 35 days~
(Maybe sbb stress keje. Tapela.. 'hati, bersabarla' Huhu)

New symptoms yang baru aku discover/tau da tapi saje nak share kat cni
  • Tgh2 bulan: breast tenderness (yang neh aku ase time tu berlaku ovulasi.  tape, bulan neh kita try terjadi apa2 tak kalau berdansa ngan abg time neh. hihi)
  • Akhir bulan: Breast tenderness datang balik. Rupa2 nya nak dtg period balik punye symptom. Ingat sbb pregnant. Haih. Now i know >_<
  • Symptom nak period: Breast tenderness, cirit birit, sakit pinggang ya amat!
To Aku/Other TTCians: Teruskan berdansa!

Today: CD1 (Chaiyok!!) :) 

--------------------------------------------------------

Ok neh aku kira series punya cubaan. Hehe. Macam cubaan apa plak~

Huhu. Sebagai notes untuk diri sendri dan org laen je. Ne taw melekat..

Ok. Secara ringkasannya:

Herbs/traditional/alternative medicine yang digunakan:

  1. Sebelum nak dekat masuk period baru: JUS BIDADARI
  2. Start period: EPO COSWAY
  3. Bila nak dekat2 abes period: HOMEOPATHY (pusat homeopathy hasan) + EPO
  4. Abes period: HOMEOPATHY + EPO (sampai CD10)
  5. Till present: HOMEOPATHY (updated 6/6/2012: homeopathy aku asik tinggal2 je >_< lagi, aku kne ganti pose-xcompliance (homeopathy tu kena makan banyak kali sari).
  6. Updated 6/6/12 Start period till now: supplement-supplement tambahan lain yang aku ade amek: ELKEN CALCIUM (baki ayah punye), VITAMIN C (amik kat tempat opis-free of charge), PATI DELIMA GULSAN, MADU, 3/6/12: CD20. Kebetulan abg blikan CAPSULE HABBATUSSAUDA. Jadi bertambah lagi supplement aku. ^_^ Tp semua pon tak aku consistent, xcompliance :(

Now: CD23

Last cycle: 28 days

Days of period (Last cycle): 7 days

Sehingga sekarang: masih belom ada tanda-tanda yang cik P nak dtg..

Faktor lain yang mungkin mengganggu:
Stress ya amat kat tempat kerja!

Hari-hari bersenggama (hehe): Oih itu rasia!


Cervical mucus:
Aitu putih-putih lagi, now da kuning-kuning (biasenya klua warna macam neh kalau nak dtg period. sedih btol. tapi tape, kita tgk bulan neh cammane. mane tau kuning2 bulan neh petanda pregnant. hihi) .. Aku tatau la keputihan tu macammane? Sape tau? Ke perlu upload gambar? Huu


Till now we are married for:
11 months and 5 days (lagi bape ari je anniversary ktorang) aku nak pregnant.. 

Updated: 11/06/12

Esok due date period aku.. Huhuhu. I really wish that i could get pregnant by this month. Bulan depan da start Ramadhan. Lagi 20 hari, Cukup setahun ktorang kawen.. :( da setahun jugala aku menunggu saat aku disahkan mengandung.. Aku rindu/teringin untuk menjadi seorang ibu.. 

(Seterusnya aku akan update kat post yang sama neh sampai cukup sebulan shg cik P menjelma kembali..)

Tapi harap2nya tak la

Semoga diturunkan rezki Allah untuk kami pada bulan rejab yang mulia neh.

InsyaALLAH.

RESULT: FAILED

ED 24

Today 19/6/2012 @ 5.18am

40 mins left before my ed shift end. Patient ramai tapi alhamdulillah smua pn berjalan ngn ok je~ hari neh dpt taw 3 benda ;p
- iv synto: syntometrium
- piriton: class c for pregnancy
- loratadine: class b for pregnancy

Dr tanye, harusla mngecheck. Asek lpe! >_< Huhu. Misi bulan neh gagal. Result negative. Kalau sape baca pasal entry: research bla bla bla tu akan faham.. :( oo how i wish i could get pregnant.. Takpela. Allah nak ajar aku bia banyak sket bersabar. Boleh plak time oncall miss p neh klua. Sakit pinggang2. Sep bwk senjata menahan cecairan. Kalau tak.. Taley eden nak pk. "Statistic today "Updated till 5 am" 112 prescription. 253 ubat.  Balik2 ubat sama je pn demam, gastric, asthma, painkiller. Aku taw dorang neh. Kdg2 tu sket je. Nak dpt mc je lbey kan? Haih.

Next update: duty roster methadone shift kat da klua.. Fall on raya puasa? 7days straight but fall on raya week?! Gaa~ Suda ku bagi2kan tugas tu. Kne tgk y sorang lagi tu rep macammne. Tamo kje time rye :(

Da tade update da.. ^_^

Abg amek kul6 neh. Smpai umah relax jap. Tukaq kontek lens. Krohh krohh krohh. Bangun tapau pape. G shopping makanan tuk aku mumu ngn bubu (kucing peliharan kami) Pastu masak. Siap tgu abg balik. Peluk2 sket.. Hihi. Makan. Rehat. Tdoq. Lusa bermula lagi routine pagi sama y sterusnya.. Shingga aku mngedate lagi.. Bye Bye Bye ;)

Sunday, 17 June 2012

Dup Dap Dup Dap

Period aku lambat bulan neh~ Tadi pagi da buat pregnancy test. Negative. Maseh berharap? Huu

Monday, 11 June 2012

Coklat jepun + coklat arab. Hehe. I like it!

;) open the link----- : thesocalledmylife.tumblr


 Meiji tu arip wahap kasi.. Yang lelain mak bawa dr mekah.. Oo chocolate i like..

Coklat dr jepun campur coklat dr arab. Hehe. I like it! ;)
~

Monday, 28 May 2012

Research serious neh! Bulan pertama..

Ok neh aku kira series punya cubaan. Hehe. Macam cubaan apa plak~

Huhu. Sebagai notes untuk diri sendri dan org laen je. Ne taw melekat..

Ok. Secara ringkasannya:

Herbs/traditional/alternative medicine yang digunakan:

  1. Sebelum nak dekat masuk period baru: JUS BIDADARI
  2. Start period: EPO COSWAY
  3. Bila nak dekat2 abes period: HOMEOPATHY (pusat homeopathy hasan) + EPO
  4. Abes period: HOMEOPATHY + EPO (sampai CD10)
  5. Till present: HOMEOPATHY (updated 6/6/2012: homeopathy aku asik tinggal2 je >_< lagi, aku kne ganti pose-xcompliance (homeopathy tu kena makan banyak kali sari).
  6. Updated 6/6/12 Start period till now: supplement-supplement tambahan lain yang aku ade amek: ELKEN CALCIUM (baki ayah punye), VITAMIN C (amik kat tempat opis-free of charge), PATI DELIMA GULSAN, MADU, 3/6/12: CD20. Kebetulan abg blikan CAPSULE HABBATUSSAUDA. Jadi bertambah lagi supplement aku. ^_^ Tp semua pon tak aku consistent, xcompliance :(

Now: CD23

Last cycle: 28 days

Days of period (Last cycle): 7 days

Sehingga sekarang: masih belom ada tanda-tanda yang cik P nak dtg..

Faktor lain yang mungkin mengganggu:
Stress ya amat kat tempat kerja!

Hari-hari bersenggama (hehe): Oih itu rasia!


Cervical mucus:
Aitu putih-putih lagi, now da kuning-kuning (biasenya klua warna macam neh kalau nak dtg period. sedih btol. tapi tape, kita tgk bulan neh cammane. mane tau kuning2 bulan neh petanda pregnant. hihi) .. Aku tatau la keputihan tu macammane? Sape tau? Ke perlu upload gambar? Huu


Till now we are married for:
11 months and 5 days (lagi bape ari je anniversary ktorang) aku nak pregnant.. 

Updated: 11/06/12

Esok due date period aku.. Huhuhu. I really wish that i could get pregnant by this month. Bulan depan da start Ramadhan. Lagi 20 hari, Cukup setahun ktorang kawen.. :( da setahun jugala aku menunggu saat aku disahkan mengandung.. Aku rindu/teringin untuk menjadi seorang ibu.. 

RESULT: POSITIVE/FAILED????

(Seterusnya aku akan update kat post yang sama neh sampai cukup sebulan shg cik P menjelma kembali..)

Tapi harap2nya tak la

Semoga diturunkan rezki Allah untuk kami pada bulan rejab yang mulia neh.

InsyaALLAH.

Saturday, 26 May 2012

Pesakit biadap. Tempiasnye sampai kat kita.. :(

Sedih ngan perangai patient skg neh. Tatau hormat langsung! Kita bukan nak mendiskriminasi sesiapa tapi.. Macam neh dia balas ape yang kita buat kat die.

Kisahnye, pegawai yang jaga weekend hantar patient spub ke klinik lain. Ok fine. Ade tulis dalam communication book. Ok fine. Tapi aku btol2 ingat yang patient akan datang balik untuk kutip spub form die untuk bawa ke sana. Aku tak sangka plak die tros ke klinik lain. Mmg la aku tak sediakan form die.. Aku tak perasan. Aku tak rasa salah aku. Slalunya kalau patient tros ke tempat lain. Orang yang menghantar perlu selesaikan semuanya. Tapi pass kat aku. Bila pass kat aku harusla aku ingat patient tu akan datang balik macam yang slalunya patient2 lain buat. Neh patient call da maki2 kita.. Macammane tu?  Pegawai klinik lagi satu tu pun satu hal. Patient datang tiga hari berturut-turut. Takkan takde rasa civil nak call pegawai kat klinik lagi satu. Tak faham aku. Kesimpulannya, aku tatau la apa nasib aku bila jumpa patient nnti. Dia da threaten2.. Aku rase nak nangis. Tak tau nak btaw bos dlu ke atau report polis ke macamamne. Yang pastinya aku akan simpan msg threaten tu.

Sakit hati aku. Sedih. Kita da tolong dia bagai. Macam tu dia balas kat kita?!

Aku bukannye nak selitkan pandangan negatif ke ape. Tapi, kalau da bekas penagih. Mesti ada perangai tak elok. Bila maki orang da tak ingat da. Benda kecil tapi disusah susah kan. Kalau call aku hari first tu lagi. Da selesai da masalah neh. Sekejap je..

Aku tanak fikir apa2 skarang. We will wait and see~

Penagih dadah yang semakin ramai. Dibantu dengan gembiranya oleh kerajaan kita sampai petugas-petugas lain plak yang jadi hamba untuk bekas2 penagih kita neh. I have no other comments!

I know Allah will always with me!

p/s: abg, i love u ;')

Saturday, 5 May 2012

Hari ini hari ahad!

Abang da ke klas. Macam biase la. Ade satu sem lagi campur satu thesis die sblm abg abes master. Huu. Tinggal aku sorang2 (dalam bilik neh) yang laen ade je kat bawah :p Ktorang maseh kat bangi lagi. Abg abes klas nnti baru la btolak balik ke rawang. Dua minggu dah upenya. Dua minggu da ayah meninggalkan kami semua. Kdg2 teringat. Sabar je la :(( Mak da ok sket aku tgk. Adeq abg yang ketiga pn da ok sket. Da boleh senyum.. lega aku tgk.. Esok da sket kje! Walawe.. Malas! >_< Wuhuu. Psst.. Semalam aku baru bli satu produk neh.. Bidadari. Org kate elok dan boleh membantu menguatkan rahim. Kasi cam increase chances gitu kasi senang lekat. Ikktiar tu kan perlu! ^_^ yang slebeynya serah pada Allah swt. Bli je baru tapi aku tak stat minum lagi. Sbb rase mcm pregnant je bulan neh. Boleh plak gtu.. Hee~ tgu bulan dpn la. Rezki tuhan neh. Ne aku tau. Tangguh bulan dpn sebulan je. Xsalah pn.. Takpn start cramp macam nak period nti aku akan tros start minum bidadari tu. Keberkesanannye.. Wallahu a'lam. Kita tgu.. Nanti akan aku update. Slain tu mgu dpn aku ingat nak ke pusat homeopathy hasan kat bangi tu skali. Dgr2 org kate elok. Bahannye pn natural. Y tu tak salah jgk agaknye kalau aku mencuba.. Ppe nnti aku akn update pasal y neh skali! Nak kne kemas brg. Nanti balik cik abg barang tak siap bising plak ^_^

Sunday, 29 April 2012

Secebis memori dari Ayah..

Dah seminggu ayah kembali ke rahmatullah. Dekat pada-Nya.. Jauh dari kami semua. Belum setahun kami bersama.. Belum sempat untuk aku betul-betul mengenali ayah.. Sekelip mata.. Ayah pergi meninggalkan kami semua. Aku macam tak percaya.. Segala ape yang ayah buat untuk kami berdua masih lagi terkesan dalam hati kecil aku neh. Betapa banyak pengorbanan ayah dalam mase tak sampai setahun neh..

:') Ingat lagi mula-mula aku menapak kat umah ayah lepas kami berkahwin. Tanggapan pertama aku, 'garang orgnye ayah neh'. Ye, sampai sekarang pun tanggapan tu tetap melekat kat minda aku neh.. Ayah memang tegas orgnye.. Tegas yang penuh dengan kasih sayang..

Ketegasan yang menjadikan anak-anak beliau, alhamdulillah ke empat-empat anak ayah berjaya sehingga sekarang. InsyaAllah dari ape yang aku dapat lihat sendiri.. Balance dunia dan akhirat.

Abang selalu bercerita macammane susahnye ayah dlu membesarkan ke empat empat anak ayah.. Semua ayah buat sendri.. Kalau orang tanye, belajar basikal dengan sape? ayah. Main badminton dulu ngan sape, ayah. Main rollerblade ngan sape? ayah. Serba serbi ayah sentiasa bersama..

Ayah pun pernah bercerita: Ayah belikan basikal huda pilih bukan main lame, nak pilih yang murah.. Tapi elok. Dah beli ayah bawak sendri naik motosikal. :''( Ayah.. suka bercerita.. Banyak lagi cerita2 ayah yang lain.. InsyaAllah buat bekalan aku meniti kehidupan berumah tangga kami berdua nanti..

Teringat mak menangis bila aku pujuk. ''Ayah dah tak ade..'' Mak amik gambar ayah dengan mak kat mekah dulu.. Mak tengok gambar-gambar tu.. ''Ayah.. ayah.. Allahu Akbar.. Astagfirullah al azim''.. ''Sabar mak..'' ''Huda tak ingatke kat ayah?'' Sebak aku dengar mak cakap macam neh.. Mak cakap: '' Ayah kalau beli breakfast kat luar, mesti ingat bawak balik untuk anak-anak keluarga kat umah. Kita tanak makan. Die beli jugak.. Die nak ape yang die makan. Kita rase jugak.. Die tamo susah kan mak kena masak kat umah..'' Ayah.. Ayah..

Kesimpulannye. banyak lagi cerita dan memori ayah dengan aku yang lain.. Walaupun tak tertulis kat sini insyaAllah akan tetap tersemat dalam hati aku, suami, mak, abang asri dan adik2 lain..

Ayah, terima kasih sebab menghadiahkan aku seorang suami yang telah ayah didik dengan baik.. Sebuah lagi keluarga yang tidak lokek memberikan kasih sayang buat diri ini..

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)


Sunday, 22 April 2012

Ayah ayah

Semoga roh ayah tenang di sane. Maafkan salah silap sepanjang Aisya sepanjang Aisya jadi menantu ayah. InsyaAllah Aisya cuba jage abang, mak, adik2. Tengok2kan abg Asri~ Allahu Akbar. Astaghfirullahalazim~ Ingatkan nak bagi cucu untuk ayah.. :"( Ya Allah tabahkan hati abang, kami sekeluarga.. InsyaAllah. Al fatihah

Saturday, 21 April 2012

Abang...

Innalillah hua inna ilaihi rojiu'n.. Abg, banyak2an bersabar.. :"(

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers