Followers

Monday 27 May 2013

La tahzan



LA TAHZAN! Jangan bersedih..



Berikut adalah hadis yang berkait rapat dengan orang yang sedang sedih:

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia..” - (HR Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)

“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau..” - (HR Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42, Shahih Abu Dawud 3/959)

La Tahzan bermaksud jangan bersedih:

- Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

- Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” - Surah Yusuf ayat 87.

Allah tidak meninggalkan kita, walau seluruh dunia menyisihkan kita. Dia, menyuruh kita menyambungkan harapan kita kepada-Nya. Maka jangan berputus asa. Allah bersama kita.

Ketika Allah rindu pada hamba-Nya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibrail yang isinya adalah ujian. Dalam hadits qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hamba-Ku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya.” – (HR Thabrani dari Abu Umamah)



لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ العَظِيْمُ الحَلِيْمُ


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ العَرْشِ الَعَظِيْمِ


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْض

وَرَبُّ العَرْشِ الكَرِِيْمِ

Maksudnya : "Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun.
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Arasy yang agung
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Langit dan Tuhan Arasy yang mulia:.

Doa ini dibaca apabila seseorang dalam keadaan sedih, bimbang dan keliru atau terlibat dalam kesulitan yang membimbangkan. Bacalah berulang kali, kemudian berdoa , mengadu kepada Allah tentang masalah yang dihadapi. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui hal keadaan hambaNya dan Maha Menerima doa hambaNya.
Juga perbanyakkanlah menyebut zikir ini :

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ

Bacalah sekurang-kurangnya 3 kali. Setengah daripada para solehin menjadikan zikir ini sebagai wirid atau wazifah harian mereka iaitu dengan membacanya sebanyak 100 kali pada setiap hari dan masyhur pada setengah daripada mereka mengamalkan sebanyak 450 kali setiap hari secara istiqamah.

Rujukan:
(1) Kitab Hisnul Hasin min kalam Sayyidil Mursalin oleh 'Allamah Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Jazari al-Syafie rahimahullah
(2) Kitab Syawariqul Anwar Kabir oleh al-'Arif Billah Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahullah
(3) Kitab Abwabul Faraj oleh al-'Arif Billah Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahullah



Till then,
Luv, xoxo ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Order shaklee sekarang!

Assalammualaikum,

Just nak tanya kalau ada sesiapa yang nak order shaklee.. Sbb saya nak buat order since ade kawan kat hosp nak suruh belikan.. Boleh share posting rm10 bahagi sama byk dgn semua yang order. Setakat ni baru ade seorang. Then COD: free of charge. Kalau nak soh poskan ke rumah anda, saya akan cek berat kat post office dlu ;) takde extra charges. Harga product of course akan ada diskaun. Utk pertanyaan ley kontek  013 2507805..

Sblm malam esok ok..

Thanks! :)))

Emptiness

Sometimes when you don’t know what to say, it may be best to not say anything at all…

But then, sometimes you think you have nothing to say, yet you’re a sea of unrest.

Upon closer inspection, you have a jumble of thoughts hiding in the void of your mental space.

Almost hidden from you under the perfect camouflage of your pain, anger, happiness, hope… apathy.

These times, I’m learning, its perfect to examine the void for what it holds, to shift through the masquerading emptiness.

That is, if you’re brave enough to do so…

Some people run from their personal truths faster, harder and longer than they’ll run from their greatest fear.

Why is that?

I think it’s because of all the people we lie to and/or mislead (whether subconsciously or not).

We lie to ourselves the best and most decisively.

We can convince ourselves that we’re failures– at either life or a single task– or that we’ll never amount to anything, or that our shit doesn’t stink and we’re God’s gift to the world…

And I find that we can do this to ourselves with an alarming amount of focus and ferocity.

I believe humbleness and having a true sense of self are rare traits to see cultivated in others these days.

Though, this doesn’t excuse us the responsibility of trying to attain & teach them both.

I’ve accepted all parts of me, for they make me who I am.

I’m learning to maintain a proper sense of self for there’s nothing more unattractive than the person that fails to realize their self-worth.

OR that person with an over inflated self-value and an over abundance of ego and arrogance.

It is the light, dark, and empty parts combined that make me the unique character I am, that makes us all who we are.

The sooner we accept ourselves for what we truly are, the sooner we can rise above our own weaknesses and constraints

I’ll end with a quote from Alan Alda:

“You have to leave the city of your comfort and go into the wilderness of your intuition. What you’ll discover will be wonderful. What you’ll discover is yourself.”

Will you visit your wilderness? Or are you afraid of what you’ll find there?


Till then,
Luv, xoxo ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday 19 May 2013

Dilema Wanita Berkahwin Yang Berkerjaya: Satu Perbincangan Menurut Syariah


Dilema Wanita Berkahwin Yang Berkerjaya: Satu Perbincangan Menurut Syariah

Ditulis oleh Siti Shamsiah Binti Md Supi. Posted in Artikel

SECARA tradisinya, seseorang wanita yang telah berumah tangga akan bertanggung jawab untuk mengurus dan mentadbir rumah tangganya. Umum memaklumi bahawa tanggung jawab wanita sebagai seorang isteri atau ibu adalah memastikan keluarganya dapat diuruskan dengan baik. Rezeki yang diberikan oleh suami dapat diagih-agihkan kepada setiap ahli keluarga dengan adil dan menjadikan setiap ahli keluarga merasa selesa. Memikul peranan sebagai seorang ibu juga termasuklah memelihara anak-anak dengan memberikan didikan yang sempurna. Kedudukan wanita yang telah berumah tangga dan pelaksanaan tanggung jawab ini selaras dengan maksud sebuah hadis Nabi yang berbunyi;

"Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang daripada kamu akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya" dinyatakan juga padanya: Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya."

Kedudukan seseorang wanita yang telah berumah tangga juga terikat dengan ketentuan Islam yang menjadikan lelaki sebagai ketua rumah tangga sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya" (Al-Nisa': 34)


Apabila kita menggabungkan kedua konsep ini, mengenai kedudukan wanita dan lelaki dalam rumah tangga masing-masing menunjukkan bahawa pengurusan dan pelaksanaan pentadbiran yang dilakukan oleh si isteri mestilah seiring dengan dasar yang telah ditentukan oleh si suami sebagai ketua rumah tangga. Selain itu juga berdasarkan apa yang dapat difahami dalam kedua-dua dalil ini menunjukkan bahawa isteri mesti taat kepada perintah suami dalam bentuk menjaga nama baik keluarga, menjaga amanah dari suami seperti hartanya, memastikan keputusan yang dibuat olehnya hanyalah dalam lingkungan keizinan suami dan keluar rumah dalam keizinan pihak suami termasuklah bagi tujuan untuk keluar bekerja.

Namun demikian, jika kita perhatikan dari aspek kedudukan wanita Islam sebagai pengurus rumah tangga dengan realiti yang ada, apa yang berlaku pada hari ini kelihatan tidak seiringan dengan konsep yang dinyatakan dalam maksud hadis di atas. Semakin ramai wanita yang berkahwin tidak menjadi suri rumah sepenuh masa. Rata-rata di kalangan wanita yang berpendidikan tinggi pula mempunyai kerjaya yang setanding dengan pendidikan yang ada. Pada diri wanita-wanita ini terdapat berbagai-bagai alasan mengapa mereka perlu ke luar dari rumah untuk bekerja dan berkerjaya.

Alasan atau faktor pertama yang menyebabkan wanita ini bekerja ialah pendidikan yang mereka miliki. Apabila ibu bapa mereka telah memberikan pendidikan secara formal sejak mereka kecil, tentulah apabila dewasa mereka mahu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Bekerja adalah pendekatan yang secara lumrah digunakan bagi membolehkan mereka mengimplementasi pengetahuan dan kemahiran tersebut dan pada masa yang sama mereka memperoleh ganjarannya. Mempunyai pendapatan sendiri merupakan suatu kejayaan yang besar nilainya, dan tentulah mereka ingin berkongsi kejayaan tersebut dengan orang yang sebelum itu memberi dorongan yang tidak berbelah bahagi, iaitu ibu bapa.

Apabila kita menyebut soal ganjaran, antara ganjaran yang dapat dimiliki oleh wanita yang bekerja dan bekerjaya ialah, sesebuah kerjaya berupaya menjadikan seseorang wanita memperbaiki dirinya sebagai seorang individu. Kerjaya dapat memberikan pengalaman kepadanya, kematangan dalam memberi persepsi mengenai kehidupan, keyakinan dan sebagainya. Malah, kerjaya yang dimilikinya dapat menjadikannya sebagai seorang ibu yang boleh mendidik anak-anaknya dengan cara yang lebih berkesan dan praktikal. Keadaan ini sudah pastinya memberikan nilai yang jauh lebih baik sekalipun dia terpaksa mengorbankan sebahagian daripada masanya untuk berada di rumah. Dan kita boleh menganggap bahawa ini adalah faktor kedua yang menyebabkan sebahagian daripada wanita memilih untuk keluar bekerja.

Sebab lain yang mendorong wanita untuk keluar dari rumah untuk bekerja adalah tekanan keperluan kehidupan. Adalah suatu perkara yang lumrah pada hari ini untuk mengatakan bahawa pendapatan yang hanya datang dari pihak suami kurang mencukupi bagi sesebuah keluarga menjalani kehidupan mereka. Apatah lagi dalam keadaan taraf kehidupan pada hari ini yang semakin tinggi. Oleh sebab itu, wanita secara sukarela mengambil keputusan untuk keluar rumah bekerja bagi mendapatkan pendapatan lebih bagi keluarganya sebagai memastikan keluarganya berada dalam keadaan yang selesa.

Apabila wanita-wanita ini sudah berada di luar rumah, maka mereka terpaksa memendekkan masa dalam mengurus hal-hal rumah tangga. Sesetengah mereka tidak menghadapi masalah kerana ahli-ahli keluarga yang lain, terutamanya pihak suami memahami keadaan mereka. Walaupun demikian, sesetengah mereka yang lain merasa agak tertekan kerana keluarga masih menuntut perhatian secara sepenuhnya apabila wanita ini pulang dari tempat kerja. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh mereka yang berpendidikan sederhana tetapi turut dialami oleh mereka dari golongan professional seperti doktor, peguam, arkitek dan sebagainya. Sesetengah kaum bapa tidak menyedari dan tidak cuba memahami tekanan yang dialami oleh isteri mereka kerana menganggap bahawa kerja-kerja di rumah mudah untuk dilaksanakan dan ia adalah suatu fitrah untuk dilaksanakan oleh kaum ibu. Apabila keadaan ini berlaku maka berlakulah suatu dilema dalam diri wanita berkenaan.

Dilema yang dialami merupakan suatu rasa keliru dan bersalah berhubung peranan mereka sebagai seorang isteri (dan juga ibu) dengan tuntutan naluri sendiri untuk bekerja. Rata-rata golongan wanita yang berpendidikan amat memahami tentang konsep kedudukan wanita dari segi syariahnya dan cuba untuk menyempurnakan tanggung jawab tersebut secara sempurna. Akan tetapi, keadaan mereka yang bekerja sudah tentu menghalang pelaksanaan ini dibuat secara sempurna dan tekanan menjadi lebih berat apabila pihak suami mempertikaikan kegagalan mereka melaksanakannya dengan sempurna (disebabkan keizinan yang diberikan oleh suami kepada isterinya adalah keizinan separuh hati). Tuntutan tanpa toleransi dari pihak suami terutamanya seolah-olahnya menjadi syarat yang menderakan bagi mendapatkan keizinan dari suami untuk memiliki kerjaya. Hal ehwal rumah tangga masih sepenuhnya berada di atas bahunya. Sekalipun kewujudan pembantu rumah sewajarnya dapat mengurangkan beban kerja yang ada, tetapi sesetengah suami tetap mahukan urusan-urusan tertentu dilakukan oleh pihak isteri kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja pembantu rumah. Keletihan isteri tidak diambil kira dan menganggap bahawa, oleh sebab suami merupakan ketua rumah tangga dan isteri berkewajipan mentaatinya, maka dia mempunyai hak untuk mempertikaikan kepatuhan dan ketaatan isteri terhadapnya. Bagi wanita yang berhadapan dengan situasi ini, mereka akan menganggap bahawa mereka tidak dilayan dengan adil dan pihak suami sebenarnya telah memanipulasi kuasa kepimpinannya di dalam keluarga.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan penulis percaya tekanan yang dialami akan menjadikan keadaan rumah tangga yang kurang sihat selain berlakunya ketidakstabilan dalam rumah tangga. (Hasil penyelidikan yang dibuat oleh majalah-majalah yang berkonsepkan feminisme menunjukkan bahawa perkara ini bukanlah isu yang remeh temeh malah perlu diberi perhatian yang wajar) Keadaan yang kurang menyihatkan ini perlu ditangani agar tidak menyebabkan kerapuhan institusi kekeluargaan dan merantaikan masalah-masalah sosial yang lebih buruk. Di dalam hal ini, sudah pasti kaum wanita yang menghadapinya inginkan penyelesaian yang diredai oleh Allah s.w.t., tidak merasa bersalah untuk memberi penumpuan kepada kerjaya dan masih merupakan seorang isteri atau ibu yang taat dengan perintah Allah.

Dapat kita perhatikan di sini bahawa masalah yang dihadapi oleh wanita malang ini sebenarnya ialah penerimaan hakikat oleh pihak suami dalam kesediaan mereka untuk bertoleransi dengan keadaan tersebut. Ayat ke 34 surah al-Nisa' sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini mengemukakan tentang kepimpinan seseorang lelaki dan kuasa autokrasinya, yang antara natijahnya memerintahkan ketundukan dan ketaatan pihak wanita atau isteri terhadapnya. Kepimpinan ini adalah disebabkan beberapa kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada golongan ini berbanding wanita. Dan kelebihan ini sebenarnya disertai dengan pelaksanaan tanggung jawab yang besar. Apabila seorang lelaki menjadi ketua rumah tangga, dia bertanggung jawab untuk mencari pendapatan demi memberi perlindungan dan makan pakai kepada ahli kelurganya. Selain itu, dia juga perlu menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anak, juga sumber bagi setiap ahli keluarganya melakukan aktiviti-aktiviti sosial. Dan yang paling utama ialah memastikan akidah setiap ahli keluarganya tidak terpesong. Tanggung jawab ini selaras dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud;
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf." (Al-Baqarah: 233)

Di dalam Islam, perbincangan yang berkaitan dengan rumah tangga lazimnya menjadikan kedua-dua dalil yang dinyatakan sebelum ini sebagai asas dan prinsip yang menjadi pegangan dalam berumahtangga. Walau bagaimanapun, pada pendapat penulis konsep "lelaki adalah pemimpin atau ketua bagi wanita" sebenarnya perlu sama-sama diseimbangkan dengan ketentuan-ketentuan yang lain dalam ajaran Islam. Dan dalam konteks ini keseimbangan dan kesaksamaan perlu diwujudkan dalam menyediakan penyelesaian berhubung pengurusan rumah tangga disebabkan isteri sama-sama keluar bekerja. Iaitu suatu penyelesaian yang bersifat fleksibel dan tidak mengetepikan kepentingan dan kebajikan kaum wanita.

Perkara utama yang perlu diambil perhatian ialah penerimaan hakikat mengenai perubahan sosial yang berlaku pada hari ini yang telah menggerakkan wanita untuk turut menyertai sektor pekerjaan. Jika kita perhatikan faktor pertama dan kedua yang membawa wanita berpendidikan bekerja dan seterusnya berkarier sebenarnya faktor-faktor ini adalah rantaian dari saranan Islam dalam aspek mencari ilmu pengetahuan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam lelaki dan perempuan"

Di dalam hal ini, Islam amat mementingkan pembangunan sahsiah bagi setiap insan. Ilmu dapat menjadikan pemikiran manusia membangun dan seterusnya dapat membina peradaban bangsa. Ilmu juga sebenarnya suatu nikmat yang berupaya membersihkan manusia dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan dari sebarang kejahatan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t. yang bermaksud;
"(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat) dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui." (Al-Baqarah: 231)

Wanita yang mempunyai ilmu dan kemahiran merupakan suatu mekanisme yang dapat meneruskan tradisi penyampaian ilmu agar ilmu ini dapat disampaikan dan memberikan manfaat kepada orang lain dan generasi yang kemudian. Sudah tentu bekerja adalah kaedah yang berkesan dan lebih praktikal untuk mencapai matlamat ini. Malah, sekiranya kita memahami ayat di bawah ini, menunjukkan bahawa kaum wanita yang berpendidikan tinggi merupakan sumber manusia paling berwibawa selain sebahagian kaum muslimin (yang terpilih) bagi memelihara kesinambungan penyampaian ilmu kerana wanita tidak diwajibkan untuk keluar berperang secara fizikal, iaitu yang bermaksud;
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Ini menunjukkan bahawa, dengan pengurusan masa yang bijak dan disertai oleh sokongan penuh dari kaum lelaki, wanita bukan sahaja mampu memberi sumbangan kepada keluarganya malah kepada bangsa dan negaranya yang semuanya itu merupakan sumbangan yang amat besar kepada agama. Maka ketentuan-ketentuan ini memerlukan kerjasama dan pengertian daripada kaum lelaki. Ketika membuat keputusan untuk membenarkan atau sebaliknya kepada isteri keluar bekerja perkara-perkara ini perlulah diambil kira. Isteri yang taat dan beriman juga tidak akan membimbangkan perasaan hati si suami apabila dia keluar dari rumah. Dia akan menjaga akhlak dan kehormatan dirinya sebagaimana yang disebutkan di dalam sebahagian ayat ke 34 surah al-Nisa' yang bermaksud;

"Maka perempuan-perempuan yang saleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,"

Seseorang isteri yang beriman, akan menghargai keizinan dan kepercayaan suami yang diberikan kepadanya. Malah, secara sukarela dia akan menawarkan pendapatan yang dimilikinya dengan keluarganya termasuk suami walaupun secara prinsipnya seseorang suami tidak dibenarkan untuk menyentuh harta yang dimiliki oleh si isteri melainkan dengan izinnya. Apatah lagi dalam keadaan seorang isteri yang keluar bekerja bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh si suami. Di dalam hal ini, seseorang suami sewajarnya insaf dengan pengorbanan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh isteri dan membalasnya dengan sikap tolak ansur. Sebagaimana kisah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim mengenai Asma' binti Abu Bakar al-Siddiq. Kata Asma';
'Al-Zubair mengahwiniku dan dia bukanlah seorang yang berharta, tidak memiliki hamba kecuali seekor kuda. Aku pernah memberi makan kudanya, membelanya dan melatihnya. Aku mengisar biji kurma untuk memberi makan untanya. Aku pernah membawa air dan membaiki bekasnya, aku juga pernah membuat roti tetapi tidak mampu untuk membakarnya, maka jiranku yang berbangsa Ansar, merupakan seorang wanita yang baik hati telah membakarkan roti tersebut untukku. Aku pernah membawa hasil kurma dari ladang kurma yang dihadiahi oleh Rasulullah s.a.w. dan ladang tersebut jauhnya adalah sebanyak dua pertiga farsakh. Pada suatu hari sedang aku dalam perjalanan pulang dengan hasil kurma yang aku junjung di kepalaku, aku berselisih dengan rombongan Rasulullah s.a.w. Baginda memanggilku dan meminta unta baginda agar duduk dan membolehkan aku menunggang bersama baginda di belakang. Aku memberitahu kisah ini kepada Al-Zubair, aku memberitahunya yang aku merasa sangat malu kerana aku tahu Al-Zubair adalah seorang yang kuat cemburu. Dia berkata bahawa adalah sesuatu yang teruk bagiku untuk melihat engkau menjunjung hasil kurma tersebut di atas kepalamu berbanding dari aku melihat engkau menunggang di belakang Rasulullah. Kemudian Abu Bakar telah menghantar kepadaku seorang pembantu, yang mengambil alih tugas membela kuda; seolah-olahnya aku telah bebas dari perhambaan."

Ayat surah al-Nisa' yang disebutkan sebelum ini menyatakan bahawa kuasa kepimpinan yang diberikan kepada kaum lelaki antaranya adalah disebabkan suami memberikan nafkah kepada isteri. Rasional di sebalik ketetapan ini, sekiranya pihak isteri turut menyumbang pendapatannya bagi memenuhi keperluan keluarga, maka sewajarnya pihak isteri diberi kelonggaran dalam menjalankan peranannya sebagai pentadbir urusan rumah tangga. Apakah bentuk kelonggaran tersebut sebenarnya terpulang kepada keputusan bersama suami isteri. Di sini tidak dinafikan bahawa kepatuhan seseorang isteri terhadap suaminya adalah tunggak kestabilan sesebuah institusi keluarga tetapi kebaikan pihak suami terhadap isteri merupakan jaminan bagi keharmonian rumah tangga. Ayat 34 dari surah al-Nisa' yang menjadi asas institusi keluarga Islam seharusnya diselaraskan dengan firman Allah s.w.t. dalam ayat 19 surah yang sama yang menyarankan sikap baik yang perlu ditunjukkan oleh seorang pemimpin keluarga, yang ayat tersebut bermaksud;
"Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang wajar. Kemudian, bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, dilema yang dialami oleh golongan wanita yang telah berkeluarga dan pada masa yang sama bekerja perlulah diambil perhatian yang wajar oleh semua ahli keluarga terutamanya pihak suami yang berperanan sebagai ketua rumah tangga. Suami sewajarnya memberi kebebasan bagi isteri untuk memilih sama ada mahu menjadi suri rumah sepenuh masa atau memilih sebagai wanita yang berkerjaya. Ia sebagai mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pihak isteri. Keizinan yang diberi seharusnya keizinan tanpa syarat yang membebankan menurut fitrah seseorang wanita. Walaupun demikian, suami isteri perlu berbincang dan mengambil keputusan secara bersama tindakan-tindakan yang perlu diambil agar tidak wujud ruang yang menyebabkan sebelah atau kedua-dua belah pihak saling bertelagah mempertikaikan peranan masing-masing. Suami tidak mempertikaikan peranan isteri sebagai pengurus rumah tangga dan isteri tidak mendakwa yang si suami menyalahgunakan kuasa yang ada.

Sebaliknya pula, sekiranya pihak suami bersedia bertolak ansur dengan memberikan kebebasan kepada isteri, sewajarnya kebebasan ini tidak disalahgunakan. Seorang isteri yang bekerja tetap tertakluk di bawah pimpinan dan keredaan suaminya sekalipun dia menyumbang sebahagian pendapatannya kepada keluarga. Sekiranya wanita ini merangkap seorang ibu, maka dia tetap bertanggung jawab terhadap pendidikan anak-anaknya. Maka, dengan keizinan yang diberi oleh si suami sebagai individu yang berpendidikan, wanita berkerjaya perlu bijak membahagikan masanya antara keluarga dan kerjaya. Sekiranya kerjaya yang dipilih memaksanya untuk mengorbankan masa yang diperuntukkan kepada keluarga, maka di sinilah terletaknya cabaran bagi wanita bijak yang mengaku dia beriman kepada Allah s.w.t. dan mentaati suaminya.

---------------

Kesimpulannya:


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka.

Huraian Hadith:
1. Allah akan memberikan tempat yang paling mulia bagi sesiapa yang berlaku adil semasa hidup di dunia sama ada di dalam urusan negara atau pun rumah tangga atau sesiapa yang berada di bawah tadbirannya.

2. Islam menuntut umatnya berlaku adil terhadap semua golongan manusia tanpa mengira umur, pangkat dan darjat bahkan melarang keras sebarang perbuatan zalim, penindasan dan pilih kasih.

3. Kepimpinan adalah satu tugas yang amat berat kerana seseorang itu bertanggungjawab kepada Allah dan manusia. Oleh itu sewajarnyalah ia tidak menjadi rebutan kecuali bagi orang yang benar-benar sanggup memikulnya.
Hits : 3946

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ

Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kalian untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kalian menetapkan hukum di antara manusia supaya kalian menetapkan dengan adil (QS an-Nisa’ [4]: 58).

Jika seorang pemimpin mampu menunaikan amanah dengan baik, memberikan hak-hak bagi orang yang dipimpinnya, dan berbuat adil kepada diri, keluarga, dan rakyatnya, ia termasuk orang yang paling dicintai Allah dan mendapat naungan dari sisi-Nya pada Hari Kiamat. "Sehari menjadi pemimpin yang adil, lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun." (HR Ahmad).

Sebaliknya, jika seorang pemimpin tidak adil, mengabaikan tanggung jawabnya terhadap rakyat, dan hanya berpihak kepada diri, keluarga, dan kelompoknya, ia akan menyesalinya pada Hari Kiamat. "Barang siapa yang menjadi pemimpin (hanya) bagi 10 orang atau lebih, Allah akan mendatangkannya dengan tangan terbelenggu pada lehernya pada Hari Kiamat, ia akan dibebaskan oleh kebaikannya atau dikencangkan dosanya, awalannya ialah kesalahan, pertengahannya penyesalan, dan akhirannya kehinaan pada Hari Kiamat. "(HR Ahmad).





Till then,
Luv, xoxo ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday 16 May 2013

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013 ( just for sharing purposes only )

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013

Perdana Menteri:
YAB Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)


Timbalan Perdana Menteri:

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)

Jabatan Perdana Menteri:
Menteri:
(1) YB Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (UMNO)
(2) YB Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
(3) YB Senator Dato’ Sri Idris Jala (Senator)
(4) YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (PBRS)
(5) YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim (UMNO)
(6) YB Puan Hajah Nancy Binti Shukri (PBB)
(7) YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (PRS)
(8) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri:
(1) YB Datuk Razali Bin Ibrahim (UMNO)
(3) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Menteri Kewangan:
(1) Menteri Kewangan I: YAB Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)

(2) Menteri Kewangan II: YB Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (UMNO)

Timbalan Menteri:

(3) YB Datuk Ahmad Bin Maslan (UMNO)


Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
(1) Menteri I: YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)
(2) Menteri II: YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh (UMNO)
(3) Timbalan Menteri I: YB Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
(4) Timbalan Menteri II: YB Tuan P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (MIC)

Menteri Pertahanan:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO)

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Abdul Rahim Bakri (UMNO)

Menteri Pengangkutan:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO) (Memangku)
(2) Timbalan Menteri : YB. Datuk Ab. Aziz Kaprawi (UMNO)

Menteri Dalam Negeri:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (PBB)

Menteri Kerja Raya:
(1) Menteri : YB Dato’ Fadilllah Yusof (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:

(1) Menteri : YB Dato’ Seri Mustapa Bin Mohamed (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB. Hamim Bin Samuri (UMNO)

Menteri Luar Negeri:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Anifah Bin Haji Aman (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Hamzah Bin Zainuddin (UMNO)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:
(1) Menteri : YB Dato’ Hasan Bin Malek (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator) (UMNO)

Menteri Komunikasi Dan Multimedia:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Jailani Bin Johari (UMNO)

Menteri Sumber Manusia:
(1) Menteri : YB Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Ismail Bin Abd. Muttalib (UMNO)

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Shafie Bin Haji Apdal (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan:
(1) Menteri : YB Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (UMNO)

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Halimah Binti Mohd Saddique (UMNO)

Menteri Belia Dan Sukan:

(1) Menteri : YB Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Saravanan A/L Murugan (MIC)

Menteri Kesihatan:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Subramaniam (MIC)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Seri Hilmi Bin Yahaya(UMNO)

Menteri Wilayah Persekutuan:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Noriah Binti Kasnon (UMNO)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:
(1) Menteri : YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (PBS)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Sri Mahdzir Bin Khalid (UMNO)

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:

(1) Menteri : YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Tajuddin Bin Abdul Rahman (UMNO)

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (UMNO)

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi:
(1) Menteri : YB Datuk Dr. Ewon Ebin (UPKO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (UMNO)

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
(1) Menteri : YB Datuk Seri G. Palanivel (MIC)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr. James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat:
(1) Menteri : YB Datuk Rohani Binti Abdul Karim (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (UMNO)

____________
Perdana Menteri: 1 Jawatan
Timbalan Perdana Menteri: 1 Jawatan

Menteri: 30 Jawatan (Termasuk Timbalan Perdana Menteri)
Timbalan Menteri: 27 Jawatan
Jumlah 57 Jawatan
Jumlah Kementerian 24
Jumlah Senator Sedia Ada 1 Orang
Jumlah Senator Akan Dilantik 5 Orang (2 Menteri Dan 3 Timbalan Menteri)
Jumlah Backbenchers 82 Orang



Till then,
Luv, xoxo ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday 7 May 2013

Melissa campana shoes review..

Assalammualaikum all,
This is one special entry. Since aku pn jarang buat review ttg mne2 product.. >_<

Its been a while actually.. Da lme asenya aku tak bli kasut baru. The last shoes y aku beli ialah kasut sembonia, sachs ke carlo rino.. Sori lpe brandnya.. Tapi aku ske gle tu smpaikan aku gne kasut tu smpai lunyai. Sgt selesa ok. Hehe~

Tapi sbb da lme sgt. Dan aku pn gne kasut y sme ke tempat kje. Rse malu menerjah jgk kdg2. Ye la. Dpn kasut da tbelah macam mulut buaya. Siap rambu-rambu kat tepi. Hehe. Macam trok sgt smpai tak terbeli kasut baru..

Abg pn kesian tgk kasut aku. Berkali-kali bawak g aeon dekat ngn rumah. Tapi aku la. Xbkenan.. -_-

Nak diringkaskan cte.. Satu ari ni. Lepas abg post tonsillectomy. Abg ajak aku g OU jejalan cari kasut ;)

Jejalan nye jejalan masukla parkson. Tp aku kan? Memilih sgt. Xbkenan.. >_<

Then, ktorang pusing2 lagi dan tjumpe kedai melissa shoes neh :D. Sbb rushing nak solat asar time tu aku amek kasut neh




Melissa shoes by julia petit.

Utk makluman korang, setiap melissa shoes ada design2 tertentu y di design oleh designer2 berlainan. As for example kasut kat atas neh. Di design oleh julia petit.

So utk design y neh

Price: rm240
Size: aku amek size 6 (biasanya aku gne size5)

Overall:
Aku xbkenan ngn kasut y ni. First reason, ujung ngn belakang kaki aku sakit lepas pakai. Melecet :( So, jgnla amek 1 size bigger je. Ko kne amek lebih besar dr saiz asal sbb saiz 6 die bagi aku lebih kecik dr saiz 6 biasa. Maybe sbb materialnye dr plastik kot..

Jadi aku ke kedai melissa shoes tu lagi skali.. Dan... Amek y neh plak..




Melissa shoes campana ;)

Design by campana agaknya..

Price: rm 275
Size: 8 (diulangi, aku biasanya pakai size 5)

Overall: marvellous, selesa di kaki, lembut dan tak melecet..

Tips: asenya kalau nak membeli melissa shoes ni mse nak beli tu pilih size btol2. Kne ingat plastic neh takkan membesar macam leather.. Jd kalau da tkocek. Mmg takkan besar. Time da beli. Kalau boleh, pakai tros dan dan tu jgk. Bawak jalan2 dlm mall. Sbbnye kalau korang tak selesa boleh tukar time tu jgk (pertukaran dibenarkan dalam mase seminggu dgn syarat kasut first y korang beli tu dalam kondisi y baik)

Overall, like what i said before.. Mmg puas ati.. Aku amek wane itam. Gaya mutu keunggulan.. Hehe.




Sebijik mcm y ni~ ;))

Arapnye entry neh membantu sebagaimana ia membantu aku berjalan dgn selesa sepanjang ari kat spital (tempat keje)..


Till then,
Luv, xoxo ;)
- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday 5 May 2013

Menundukkan pandangan mata

Assalammualaikum,

Da 3 hari da post neh di save dlm online draft aku. Nak post aitu. Tp xsempat.. Ye la. Xkan la aku nak copy paste dan post mcm tu je kan..

Ade sbb knape aku rse isu "menjaga pandangan mata" menarik ati aku sampau tgerak ati neh utk post entry ni. Ye la. Kdg2 kita jalan2. Ttbe laki kte pandang pompuan y lalu dpn mata ngn selambanya. Ape ko ase? Rse nak pandang lelaki kacak y lain y lalu dpn ko jgk? Al maklumla. Kalau laki ko ase pmpn kat lua tu cantik dipandang.. Lelaki lua sne pn ramai y nsem dr laki ko kan.. Betul idak?

Tapi sbnrnya bagus x tindakan y mcm tu..

Jadi, tak kira suami atau isteri, lelaki atau perempuan.. Sama-samalah kita mengambil manfaat dari tazkirah kat bawah..

~Kredit artikel pada penulis asal~

By Fathullah Al-Haq | February 21, 2013 at 5:02 am | One comment | Fekah & Ibadah

Menundukkan Pandangan

Ramai daripada kita yang tersalah sangka dengan maksud tundukkan pandangan. Ada yang faham bahawa menundukkan pandangan itu adalah apabila berjalan di luar, perlu lihat bawah sahaja sehingga boleh membahayakan dirinya kerana terlanggar tiang lampu, atau sebagainya.

Ada juga yang langsung tidak pernah mendengar konsep menundukkan pandangan di dalam perbahasan fikah Islam, lantas melihat apa-apa sahaja yang berada di sekelilingnya. Yang halal, mahupun yang haram, semuanya dia lihat, katanya rezeki jika tidak pandang. Padahal perkara itu adalah maksiat dan boleh mendatangkan dosa terhadap dirinya.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita sama-sama memahami konsep ini dengan baik, supaya kita boleh selamatkan hati kita daripada terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Misalnya, jika orang lelaki memandang kepada wanita yang tidak menutup aurat dan seksi pakaiannya, maka ia akan menimbulkan rasa yang tidak baik di dalam hati si lelaki tersebut. Ia bermula daripada pandangan mata, lalu jatuh ke hati. Sebab itu Nabi SAW ada tegaskan di dalam sabdanya,

إِنَّ الْمَرْأَةَ عَوْرَةٌ ، وَإِنَّهَا إِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

Maksudnya: “Wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar, syaitan akan memperelok pandangan manusia lain untuk melihatnya.”
(Direkodkan oleh Tirmizi, no. 1173, dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani)

Dapat difahami berdasarkan hadis ini bahawa apabila wanita keluar daripada rumah, syaitan akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan fitnah dengan bersenjatakan wanita.

Justeru, kita tidak hairan dewasa ini apabila ramai orang lelaki mengambil kesempatan ke atas orang perempuan.

Statistik jenayah rogol dan gangguan seksual semakin ketara tahun demi tahun berbanding tahun-tahun yang lalu yang mana wanita jarang keluar rumah.

Oleh itu, daripada menimbulkan penyakit yang ada di dalam hati, serta boleh menimbulkan fitnah yang lebih besar. Islam sudah awal-awal lagi menutup pintu tersebut iaitu dengan memperkenalkan kaedah menundukkan pandangan. Pada tajuk yang lepas kita sudah faham akan perihal hijab, maka pada kali ini, kita memahami pula konsep menundukkan pandangan di dalam Islam.

Hakikat Menundukkan Pandangan
Firman Allah SWT,

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30)

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” (An-Nur: 30)

Firman Allah SWT,

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ
وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.” (An-Nur: 31)

Dari sudut bahasa, غَضُّ البَصَرِ (gadh-dhul bashar) bererti menahan, mengurangi atau menundukkan pandangan. Berasal dari kataغَضَّ , yang bererti كَفَّ (menahan) atauنَقَصَ (mengurangi) atau خَفَضَ (menundukkan).[1]

Menahan pandangan bukan bererti menutup atau memejamkan mata hingga tidak melihat sama sekali, atau menundukkan kepala ke tanah saja, kerana bukan itu yang hendak dimaksudkan. Di samping ia nya tidak akan mampu dilaksanakan oleh kita semua.

Tetapi yang hendak dimaksudkan di sini ialah mengawal pandangan. Pandangan yang terpelihara adalah apabila seseorang itu memandang sesuatu yang bukan aurat lelaki atau wanita atau perkara-perkara buruk yang lain, tidak berlama-lama memandang yang tidak baik, dan tidak terus menerus memandang aurat apabila terpandang buat kali yang pertama.[2]

Dengan kata lain, menahan pandangan dari melihat apa-apa sahaja yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya.[3]

Menundukkan pandangan adalah satu perintah Allah kepada semua lelaki dan perempuan. Ia adalah satu simbolik menandakan orang Islam mesti menjaga pandangan daripada melihat perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Menundukkan pandangan bukan bermakna menundukkan kepala, tetapi memelihara pandangan. Maksudnya, walaupun ada maksiat berlaku di depan mata, seseorang itu mesti mengelakkan mata daripada melihatnya dan bukan menganggap ini ‘tayangan percuma’ yang rugi kalau tidak dilihat, seperti sangkaan sesetengah orang. Antara yang dilarang ialah melihat aurat atau perkara yang memberahikan.

Kenapa Allah SWT menyuruh kita menundukkan pandangan? Kerana apa yang pasti bahawa pandangan manusia amat berkait rapat dengan hati. Manakala hati manusia ialah raja bagi tubuh badan.

Jika hati tercemar, maka ia akan merosakkan anggota-anggota yang lain, iaitu dengan mengawal anggota lain untuk melakukan maksiat, seperti otak akan berfikir dan berimaginasi tentang apa yang dilihat. Tangan dan kaki akan mula mengambil tindakan.

Nabi SAW berkata,

الحلالُ بيِّنٌ، والحرامُ بيِّنٌ، وبينهما مُشَبَّهاتٌ لا يعلمُها كثيرٌ من الناسِ، فمَنِ اتقى المُشَبَّهاتِ استبرَأ لدينِه وعِرضِه، ومَن وقَع في الشُّبُهاتِ : كَراعٍ يرعى حولَ الحِمى يوشِكُ أن يواقِعَه، ألا وإن لكلِّ ملكٍ حِمى، ألا وإن حِمى اللهِ في أرضِه مَحارِمُه، ألا وإن في الجسدِ مُضغَةً : إذا صلَحَتْ صلَح الجسدُ كلُّه، وإذا فسَدَتْ فسَد الجسدُ كلُّه، ألا وهي القلبُ .

Maksudnya: “Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang mana tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, sesiapa yang terjerumus dalam syubhah, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu akan rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.”

(Direkodkan oleh Bukhari, no. 52)

Justeru, sebelum berlaku fitnah yang lebih besar, maka awal-awal lagi Islam sudah menutup pintu fitnah tersebut iaitu dengan cara menundukkan pandangan.

Menghalang daripada memandang perkara-perkara yang haram seperti aurat lelaki atau perempuan, berdasarkan kaedah-kaedah yang telah diterangkan di atas.

Sahabat ada bertanya kepada Nabi SAW akan perihal hak kepada jalan orang yang lalu-lalang, maka Nabi SAW berkata,

فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلاَّ الْمَجْلِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهُ ». قَالُوا وَمَا حَقُّهُ قَالَ « غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الأَذَى وَرَدُّ السَّلاَمِ وَالأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْىُ عَنِ الْمُنْكَرِ ».

Maksudnya: “Jika kamu berjumpa selain daripada majlis, maka berilah jalan haknya,” maka para Sahabat bertanya, “Apakah haknya,” Nabi SAW menjawab, “Tundukkan pandangan, hilangkan kesakitan, jawab salam, menyeru kepada perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran.”

(Direkodkan oleh Muslim, no. 5685)

Nabi SAW berkata,

قالَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ لعليٍّ يا عليُّ لا تُتبعِ النَّظرةَ النَّظرةَ فإنَّ لَك الأولى وليست لَك الآخِرةُ

Maksudnya: “Hai Ali! Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh”

(Direkodkan oleh Abu Daud, no. 2149)[4]

Contoh situasi yang kita boleh ambil daripada hadis ini ialah, tatkala kita berjalan-jalan, kemudian ternampak perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilihat seperti aurat dengan sekilas pandang, maka selepas itu kita wajib mengelak pandangan, serta jangan pandang lagi buat kali yang kedua.

Untuk pandangan pertama adalah dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, apabila kita sengaja memandang kepada perkara yang haram, kita akan mendapat dosa.

Nabi SAW berkata,

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ فَأَمَرَنِى أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِى.

Maksudnya: “Daripada Jarir Bin Abdullah berkata, “Aku telah bertanya kepada Nabi SAW akan perihal melihat secara tiba-tiba, maka Nabi SAW menyuruh aku mengalihkan pandangan aku (tidak memandang untuk kali yang kedua.”

(Direkodkan oleh Muslim, no. 5770)

Nabi SAW berkata,

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزِّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ ».

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW berkata, “Setiap anak Adam memiliki peluang untuk berzina, kedua mata itu berzina dan zinanya adalah melihat, kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan, mulut juga berzina dan zinanya adalah mencium dan hati itu berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Akan tetapi, kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari perzinaan tersebut.”

(Direkodkan oleh Muslim, no. 6925)

Berdasarkan hadis ini, kita pasti akan terjatuh ke dalam lembah zina jika kita tidak menjaga faktor-faktor yang boleh menjurus kita kepada zina. Oleh itu, pintu zina dan maksiat ini terlalu luas, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menghalang diri kita daripada terjatuh ke dalam lembah zina, iaitu salah satu usaha kita ialah dengan menjaga pandangan daripada melihat perkara yang haram.

Nabi SAW berkata,

أن امرأة من خثعم استفتت رسول الله صلى الله عليه وسلم في حجة الوداع والفضل بن عباس رديف رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقالت : يا رسول الله ! إن فريضة الله في الحج على عباده أدركت أبي شيخا كبيرا ، لا يستوي على الراحلة ، فهل يقضي عنه أن أحج عنه ؟ فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم : نعم ، فأخذ الفضل بن عباس يلتفت إليها وكانت امرأة حسناء! وأخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم الفضل ، فحول وجهه من الشق الآخر

Maksudnya: “Daripada Ibn Abbas, katanya Al-Fadhal (bin Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah SAW). Datang seorang wanita dari khasy`am untuk meminta fatwa daripada Nabi SAW. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia adalah seorang perempuan yang cantik. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

(Direkodkan oleh an-Nasa’I, no. 2641, dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani)

Hadis ini memberi maksud bahawa Nabi SAW menundukkan pandangan al-Fadhal Bin Abbas, daripada terus-menerus melihat wanita daripada khasy’am itu dengan mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Ini adalah bukti bahawa Nabi SAW tidak menggalakkan seseorang itu melihat wajah wanita, kecuali jika berhajat seperti proses pembelajaran, jual beli, kerja atau sebagainya.

Maka tujuan menundukkan pandangan adalah tidak lain dan tidak bukan, untuk memelihara manusia daripada terjebak kepada fitnah yang lebih besar. Justeru, Islam tidaklah melarang untuk berjalan-jalan, bersiar-siar, atau sebagainya.
Namun, Islam ada meletakkan kaedah iaitu apabila terpandang pada perkara yang haram, cepat-cepat alihkan pandangan ke tempat lain. Hukum ini juga diguna pakai ketika mana kita menonton TV, melayari FB, atau sebagainya. Perkara ini penting untuk mengelakkan diri kita daripada fitnah dan menjauhkan diri kita daripada dosa.









[1] Lihat: Tajul ‘Arus 1/4685, dan Maqayisul Lughah 4/306
[2] Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Halal & Haram, hlm 171
[3] Tafsir At-Thabari 19/154, Ibnu Katsir 6/41
[4] Dihasankan oleh Syeikh al-Albani,

Till then,
Luv, xoxo ;)
- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday 3 May 2013

Burung mohon berteduh

Assalammualaikum..

Tajuk entry cam ape je.. Tapi btolla. Burung mohon berteduh.. ^_^ aku.. Lagi ske ;)

Ni mak burung yang ketiga beranak kat umah ktorang dalam mase setahun ni. Hebat tak? Y hebat tu hanya Allah......




Mak burung ketiga dan anak beliau.. Sarang kecik tu muat 3 anak die taw. Ish ish ish **comel benaw~




*** mak burung ketiga ***




Ank beliau. *mak burung ketiga* Dlm mse seminggu dua je asenya ank die membesar dan tumbuh paruh.. Cepat betul..




Yang ni mak burung kedua dulu. Tak sempat nak tgkap gamba anak beliau.. Mak burung ni la y buat sarang ni. Sbb sarang first aitu kitorang buang. Then satu ari tu aku npk mak burung no 2 ni dok mengangkut ranting-ranting pulang kerumah (dpn porch kete). Aku biar kan jela. Ckp 3 ari. Aihh, da bley tdo dalam sarang da.. Hehe

Jadinya, mak burung ketiga cme gne sarang yang sedia ada dari burung kedua. Pastu die renovate pintu dpn sarang tu kasi besaw muat die ngan anak2 die. Kasi boleh benapas kot >_< Tu y aku boleh tangkap sampai ke badan2 burung tu..


Comel
Comel
Comel
Comel

Harapnye aku plak y beranak lepas ni ye burung-burung.. ;p


Till then,
Luv, xoxo ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday 1 May 2013

Announcement! Promo promo ^_^

Sesiapa y nak beli ronasutra, shaklee, tudung bawal plain, kain cotton vietnam/kain sulam indonesia dll boleh whatsapp sye.. InsyaAllah ada harga special utk ttcian dan follower/bloggers semua ;)

Whatsapp 0132507805 utk maklumat lanjut

Cod area: rawang, selayang dan bangi..


Till then,
Luv, xoxo ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers