Followers

Sunday 29 April 2012

Secebis memori dari Ayah..

Dah seminggu ayah kembali ke rahmatullah. Dekat pada-Nya.. Jauh dari kami semua. Belum setahun kami bersama.. Belum sempat untuk aku betul-betul mengenali ayah.. Sekelip mata.. Ayah pergi meninggalkan kami semua. Aku macam tak percaya.. Segala ape yang ayah buat untuk kami berdua masih lagi terkesan dalam hati kecil aku neh. Betapa banyak pengorbanan ayah dalam mase tak sampai setahun neh..

:') Ingat lagi mula-mula aku menapak kat umah ayah lepas kami berkahwin. Tanggapan pertama aku, 'garang orgnye ayah neh'. Ye, sampai sekarang pun tanggapan tu tetap melekat kat minda aku neh.. Ayah memang tegas orgnye.. Tegas yang penuh dengan kasih sayang..

Ketegasan yang menjadikan anak-anak beliau, alhamdulillah ke empat-empat anak ayah berjaya sehingga sekarang. InsyaAllah dari ape yang aku dapat lihat sendiri.. Balance dunia dan akhirat.

Abang selalu bercerita macammane susahnye ayah dlu membesarkan ke empat empat anak ayah.. Semua ayah buat sendri.. Kalau orang tanye, belajar basikal dengan sape? ayah. Main badminton dulu ngan sape, ayah. Main rollerblade ngan sape? ayah. Serba serbi ayah sentiasa bersama..

Ayah pun pernah bercerita: Ayah belikan basikal huda pilih bukan main lame, nak pilih yang murah.. Tapi elok. Dah beli ayah bawak sendri naik motosikal. :''( Ayah.. suka bercerita.. Banyak lagi cerita2 ayah yang lain.. InsyaAllah buat bekalan aku meniti kehidupan berumah tangga kami berdua nanti..

Teringat mak menangis bila aku pujuk. ''Ayah dah tak ade..'' Mak amik gambar ayah dengan mak kat mekah dulu.. Mak tengok gambar-gambar tu.. ''Ayah.. ayah.. Allahu Akbar.. Astagfirullah al azim''.. ''Sabar mak..'' ''Huda tak ingatke kat ayah?'' Sebak aku dengar mak cakap macam neh.. Mak cakap: '' Ayah kalau beli breakfast kat luar, mesti ingat bawak balik untuk anak-anak keluarga kat umah. Kita tanak makan. Die beli jugak.. Die nak ape yang die makan. Kita rase jugak.. Die tamo susah kan mak kena masak kat umah..'' Ayah.. Ayah..

Kesimpulannye. banyak lagi cerita dan memori ayah dengan aku yang lain.. Walaupun tak tertulis kat sini insyaAllah akan tetap tersemat dalam hati aku, suami, mak, abang asri dan adik2 lain..

Ayah, terima kasih sebab menghadiahkan aku seorang suami yang telah ayah didik dengan baik.. Sebuah lagi keluarga yang tidak lokek memberikan kasih sayang buat diri ini..

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)


Monday 23 April 2012

Beware: Taktik si pencuri!


Ini Bukan Gurauan..

Sedarlah semua! Tolong sebarkan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.

Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan-kawan dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Sekian, terima kasih.
Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for…

By: Harlina Binti Ahya Ulumud

Sunday 22 April 2012

Ayah ayah

Semoga roh ayah tenang di sane. Maafkan salah silap sepanjang Aisya sepanjang Aisya jadi menantu ayah. InsyaAllah Aisya cuba jage abang, mak, adik2. Tengok2kan abg Asri~ Allahu Akbar. Astaghfirullahalazim~ Ingatkan nak bagi cucu untuk ayah.. :"( Ya Allah tabahkan hati abang, kami sekeluarga.. InsyaAllah. Al fatihah

Saturday 21 April 2012

Abang...

Innalillah hua inna ilaihi rojiu'n.. Abg, banyak2an bersabar.. :"(

Friday 20 April 2012

Produk2 yang mungkin membantu sepanjang ber TTC

Banyak btol petua2 dorang2 neh kat blog. Nak cari balik takot macam susah. Makenya baik aku letak je info2 tu kat cni.. Kalau bermanfaat untuk orang lain bagusla... Tapi yang penting benefitnye aku pn ley ase jugak. Info berguna untuk kegunaan mase depan! insyaAllah!!

credit to: nurulhikari

Pati delima

* bakar kalori / lemak
* menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi
* utk lelaki / wanita – meningkatkan keupayaan libido (seksual)
* mengetatkan rahim (sambil meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra)
* 100% dapat mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
* melancar aliran darah
* memperelok perjalanan haid
* mengempiskan perut
* mengeluarkan peluh / toksin
* melegakan sakit kepala
Setakat ni, itu saja perubahan yang kami alami.. baru je seminggu kan.. harga pun tak la mahal- sebotol (250ml) cuma RM24 sahaja ..

EPO (evening primrose oil)

Copy from one of the blogs yang aku bace

Katenya: " mungkin saya agak lewat menulis ini..

Setelah 3 bulan amalkan EPO, memang saya akui kesan ketaranya sudah muncul..
cuma baru-baru ni la.. saya perasan CM saya kelihatan lebih banyak.. saya juga berjaya menemui EW untuk cycle ni.. alhamdulillah.. (pertama kali saya melihat EW yang jernih itu..-euwww.. sori ye).. saya menjumpainya ketika cuti hari raya minggu lepas..

Mungkin kesan setiap orang berbeza-beza.. dan saya juga amalkan EPO bersama-sama clomid.. nasihat gynea, clomid bersifat mengeringkan faraj.. EPO pula akan membantu menghasilkan 'lubricant' semulajadi..oleh itu, harus makan bersama. Balance.

Suppliment lain, yang saya cuma makan jarang-jarang (haha), adalah asid folic dan habbatussauda'.. pati delima pulak dah habis.. dah tak sambung minum lagi.."

TAUGEH 

Petua ni untuk sesiapa yang kurang subur disebabkan ovum tak keluar dari ovari. Cara-caranya:



1. Ambil segenggam kacang hijau dan rendam dalam air selama 2 jam.
2. Biarkan ia menjadi taugeh yang tak panjang (taugeh yang pendek). ianya ambil masa kira-kira 3 hari sahaja.
3. Rebus taugeh tersebut (air sebanyak 2 gelas) selama kira-kira 10 minit sahaja.
4. Minum air tersebut pada setiap pagi sebelum sarapan selama waktu datang period.

Taugeh amat berkhasiat untuk persiapan ibu2 untuk mengandung. Ini kerana taugeh mengandungi hormon estrogen & progesterone semula jadi. Ia juga baik untuk penyakit kanser. Boleh mengurangkan/menghilangkan senggugut ketika period. menghasilkan mucus yang baik setiapp kali waktu subur dimana provide vagina discharge.


FENUGREEK DR'S CHOICE PLUS HABBATUS SAUDA

trial kedua

Oleh kerana first cycle hari tu dah terlepas, mungkin sebab period pun dah tak teratur.. tarikh last 15/01/11.. itu pun period setitik-setitik selama 7 hari.. padahal dua minggu sebelumnya dah period.. 28/12/10..

so kali ni saya buat sebuah blog, untuk trial kedua ni saya akan catit apa sahaja yang saya makan...(NAK BUAT RUJUKAN AKAN DATANG)

hari ke 6 period

7.00 am -
Pagi ni sarapan milo dan biskut kering je.. sambil makan tu, dengar hot f.m..
awal pagi lagi encik suami dah bangun untuk ke pejabat awal pagi ni..terlewat dah.. sebab sambung tido lepas subuh..hehe..sekarang ni saya dah amik cuti sampai bulan mei ni.. nak jadik suri rumah sekejap.. ada sebab tu tau!..
Ni, dah jadi suri rumah macam biasa la, awal-awal ni masih malas nak mulakan apa-apa.. so, internet la..apa lagi..lepas ni baru nak buat hal-hal lain macam basuh baju ke.. kemas apa-apa yang semak ke..hehe

Bukak facebook, sembang ngan Pidah, cerita dia dah lekat setelah 3 tahun berkahwin.. usaha memang banyak tak terkira dah.. duit pun dah jenuh berhabis.. last 3 weeks, dia try minum susu kambing blender ngan kurma.. lepas tu pegi mengurut kat sorang bidan tu di Putrajaya... usaha terkini membuahkan hasil.. alhamdulillah.. gembira untuk dia..

10.20 am -
minum fenugreek chocolate instant.. dikatakan baik untuk peredaran darah.. haid saya pun dah lintang pukang ni.. baru nak try.. sedap jugak..

hari ke 7 (dah suci)
10.30am-
minum fenugreek chocolate mix secawan sambil tengok tv.. takde cerita best.
Lepas minum ni, semalam keluar banyak juga period saya.. malam terus bersih habis.. biasanya saya sampai 7 hari period, kali ni hari ke6 je dah suci malamnye..Halba (fenugreek) ni rempah ajaib kata orang arab.. selain boleh melancarkan darah haid dan meningkatkan nafsu shahwat, dikatakan boleh perbanyakkan susu bagi ibu yang menyusukan anak..cuma tak elok diambil oleh wanita hamil.. sebab dia kan melancarkan darah..kang turun darah lak...

Nak sambung siapkan jahit baju melayu encik suami la hari ni..supaya esok pagi (jumaat) dia dah boleh pakai ke office..Tinggal nak jahit butang je lagi.. ni baju kedua saya jahit dalam masa cuti ni. Baju kurung saya belum buat baju je lagi, kainnya dah siap dah.. hehe..warna sedondon lagi tau!

2.30pm -
siap selesai cuci baju melayu baru untuk encik suami..jejeng.. mood sangat happy. Boleh join semula forum. Nak ikut perkembangan terbaru..
Lepas makan tengahari tadi, saya telan habbatus sauda' kapsul (HPA), ni saya beli kat kedai area rumah saya je..


Setakat neh, neh je la yang aku baru jpe... Kalau google jumpe pape lagi akan ku war warkan dalam blog aku neh... 

Airmata


Ya Allah,
Benarkan aku menangis utk sekali ini
Moga airmata ini membersihkan segala dosa yg ada
Moga airmata ini member semangat baru utkku

Ya Rabb,
Beri aku kekuatan
Ampunkan dosa2ku
Airmata ini bukan tanda aku tidak bersyukur nikmatmu
Bukan bermakna ku kufur kurniaanMu selama ini
Tapi beban ini rasa x tertanggung ..
Lalu airmata mengalir dengan derasnya

Ya Allah,
Ajarkan aku utk redha
Ajarkan aku lebih mensyukuri nikmatMu
Ajarkan aku utk bersabar
Ajarkan aku utk terus berusaha
Ya Rahman,
Engkau tempat aku meminta
Cukupla bagiku Allah .. 

Thursday 19 April 2012

A big round of applause

Im the lousiest wife in the world :(

Secara rasminya! My first entry! Hehe

Abang ngah betulkan kete. Aineh ase malas gila nak masak, nak makan. Jd ktorang skip je dinner tuk malam neh. Abang ade kursus kat holiday inn glenmarie td. Kate beliau da kenyang. Takpe kot? Aku cam biase la. Malas nak makan. Lapar kaut je pape y ade kat dapur tu. Mandi pn tak lagi. Hehe. Nak tulis ala2 kadar je sbb ase tak sabar2 nak berblog >_<  Da lame gle asenya tak menulis since my first blog yang hampir arwah (blog lame) tu. Malas nak update y tu.. Nak express pape, rase tak lepas... Sbb ade yang mengenali.. At least kat cni rase macam ala2 terbang gitu. Bebas je nak tulis pape..

Aineh da CD3. Aku ngah bebelah bagi lagi.. Nak berTTC ke tak bulan neh?? Haih. Kte mandi dlu! Y tu pikir esok.. Hoo Yeah! Good nite everyone! (Macam ade org y bace je)  ^_^

Introducing myself

Well, honestly i took this entry from someone blog. I like the post cause it got many points on how i really want to express on why in first place that i start blogging.. I do add some of my point of views too and deleted what not..

Well, I’m blogging anonymously to give me the freedom to express some personal thoughts on living, loving, writing, singing and other things that are important to me.

By hiding my name and identifying information, I find I can be much more honest and direct, and use this as a space where I can say those things that I might not say if any random acquaintance or colleague could immediately associate it with me. But while I want to stay free and anonymous, it seems fair to give you a bit more background on who I am!

The so called my life? Is it just an egotistical claim that this is how my life as it is? Actually I chose the name becausei just love how the blog telling the story itself on how my life is going at the moment im writing right now.

And why Afrah Hana? It’s a name that i meant to give to my future daughter soon. InsyaAllah if im conceiving sooner..  When I chose it, it was more an aspiration as I was feeling miserable for this past few months trying to conceive. It just so tiring. But its ok! God has all his plan written for me. I just need to wait. Trying. Praying. And Tawakal. Rezeki tu kan sentiase ade. Allah maha mengetahui. Kan?

Why am I blogging? I started because i just want a real space for me to be able to express things that I needed to express, to heal wounds. And also, I hope, being a place where others can find encouragement and strength in their difficult times. I try to keep the site a peaceful and optimistic place to visit, one where people visit and leave refreshed and renewed. Maybe? ^_^
 
Writing with an audience, and with the opportunity to share with a gifted community of writers, has been both instructive and inspiring. Receiving thoughtful feedback makes all the problems flow more easily.

On a practical level, I’m female, in my late 20s, currently living with my beloved husband, working in hospital setting. Im trying To Conceive. A muslimah that is trying to be a better muslimah than yesterday and insyaAllah a true mukminah and hopefully sooner insyaAllah if Allah granted a future mummy to be..

Please enjoy this blog, comment and come back soon!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers