Followers

Friday, 6 July 2012

Zuriat

Hari ini hari jumaat.. Hohohoh (tanda gembira) hihi~ malam neh nak g melawat adeq aku kat spital serdang.. bertambah sorang lagi anak sedara aku ;) another baby boy.

Huhu~ aku nak baby jgk. Huu. Lame (same story) >_<

Aku terkesan lepas baca satu komen dari satu thread neh:

:) salam ukhwah.. di sini ingin ana luahkan isi hati ana sbg seorang wanita dan isteri.. setelah 2 thn ana berkahwin, ana belum dikurniakan zuriat lagi.. hati ini sayu apabila melihat pasangan lain bergembira menerima perkhabaran tentang kedatangan "ahli baru" dlm kluarga mereka. ana selalu tertanya2 di mana silap ana..kdg2 ana salahkan diri ana..astaghfirullah.. tipis sungguh iman ana.. xkurang juga syaitan memainkan perasaan ana, andai suami ingin kahwin lain jika ana tidak mampu lahirkan zuriat..  tapi syukur,alhamdulillah suami, mak ayah dan sahabat bnyak memberi sokongan.. sekarang ini ana masih  mengumpul kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup untuk menjadi wanita solehah.. tapi hati ini kdg2 terfikir siapa yg akan mendoakan aku andaikata aku tidak punya zuriat?.. bila ana terfikir soal itu sekali lagi airmata ini jatuh tak tertahan2.. 


Komen beliau:

 Allah SWT berfirman, "Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. " (asy-Syura: 49-50).

Di satu sudut, bersyukurlah puan telah mempunyai suami, tambah lagi suami yang memahami dan supportive....itu satu anugerah yang besar...puan telah terhindar dari salah satu fitnah dunia dengan adanya suami, puan telah terhindar dari satu gelaran jelek 'andartu', 'andalusia' atau 'tak laku', puan telah terhindar dari salah satu pandangan sinis masyarakat dengan adanya suami.... lihat saya ni, suami pun tak ada, jauh sekali mempunyai zuriat...

Di satu sudut lain... bersabarlah dengan ujian Allah yang diturunkan kepada puan....'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'... faham dengan apa yang dirasai puan...sepertimana sayunya hati orang yang tidak bertemu jodoh, seperti itulah sayunya hati orang yang menginginkan zuriat di kala melihat kegembiraan dan kebahagiaan orang lain.... semoga puan menjadi lebih kuat dan tabah... apa pun bergembiralah bersama suami dan cubalah berikhtiar mengikut saranan halaqian di atas....


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terkesan jugak bila baca thread neh.. Sesungguhnya Allah tu lagi maha mengetahui.. maha mengasihani.. Mustahil Allah nak menganiayai kita selain dari menguji dan menyayang. Makanye sesedih mana pun aku harap aku akan sentiasa ingat Allah tu sentiasa ada bersama aku..

Just for sharing.. Semoga TTCians lain pun dapat kuatkan semangat menghadapi ujian Allah yang satu ini...

From http://mindatahwil.blogspot.com/2011/11/anak-rezeki-kurniaan-ilahi.html

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sudah lama terniat di hati untuk menulis berkenaan isu ini. Ketika kakak sering mengadu belum hamil sedangkan sudah lebih kurang 6 bulan berkahwin, tetapi diri sendiri pun tiada kekuatan untuk menulis memandangkan saya sendiri juga masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah setahun berkahwin.

Bersembang dengan sahabat lama melalui facebook sebentar tadi membuatkan saya kembali bersemangat untuk menulis entri ini. Sahabat juga mempunyai masalah yang sama, masih juga belum dikurniakan rezeki zuriat walaupun berkahwin pada awal tahun ini dan membuatkan dia sedikit tertekan. Tambahan pula rakan-rakan sekerja sibuk bercakap-cakap dan bertanya soalan yang boleh menimbulkan kesedihan dan tekanan buatnya.

Lumrah bagi kaum wanita untuk berasa tertekan jika sering diasak dengan soalan tentang kehamilan. Apatah lagi jika usia perkahwinan sudah melebihi 6 bulan, tetapi masih juga tidak hamil dan si wanita/isteri itu seorang yang sukakan budak-budak dan sangat teringin untuk memiliki cahaya mata sebaik sahaja berkahwin.

Saya sendiri terkadang merasa tertekan dan sering berusaha menjadi tabah dengan memujuk diri sendiri. Mungkin kerana kami baru menikmati alam percintaan selepas nikah, jadi Allah sengaja memberi masa kepada kami untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan untuk lebih banyak masa berdua sebelum Dia memberikan zuriat kepada kami. Itulah yang saya sering fikirkan apabila masih juga gagal untuk hamil. Cuba untuk menjadi positif agar tidak bersedih hati.

Sebagai manusia, kita harus percaya anak juga adalah rezeki dari Allah Ta’ala, sama seperti harta dan kemewahan. Walaupun kita berusaha sehabis baik, tetapi Allah telah menyatakan bahawa ia bukan rezeki kita, maka kita harus terima sahajalah dengan redha. Mungkin kita belum betul-betul berusaha sehabis baik, atau mungkin saja amalan kita belum cukup ataupun kita tidak bertawakkal dan serahkan segalanya kepada Allah. Maka, mungkin disebabkan itu rezeki kita tertahan.

Apa yang penting adalah untuk sentiasa berfikir positif. Mungkin ada yang mengatakan menulis/berkata-kata itu lebih mudah daripada melakukannya. Ya, saya setuju. Memang susah untuk membuatkan diri berfikir positif, tetapi kita harus berusaha untuk berfikiran positif kerana dibimbangi fikiran yang negatif akan membuatkan kita berputus asa dari rahmat Allah. Na’uzubillah.

Jika diikut perasaan memanglah sedih, tetapi kita harus ingat bahawa segala yang Allah tentukan itu ada hikmah yang terselindung. Kalau sudah bertahun-tahun kahwin dan masih belum juga dikurniakan zuriat, janganlah bersedih hati. Setiap wanita yang sudah berkahwin, pasti menginginkan zuriat, namun harus diingat ada lagi kurniaan Allah yang lebih baik daripada itu untuk manusia yang beriman dan yang sabar. Allah telah berfirman di dalam al-quran yang bermaksud:

“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” – Al-Anfal:28

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shaleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” – Al-Kahfi:46

“Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal shaleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam surga).” – Saba’:37
“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu): di sisi Allah-lah pahala yang besar.” – At-Taghaabuun:15

Maka, janganlah kita bersedih hati jika masih belum dikurniakan zuriat. Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Mungkin juga Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kita, sedang kita tidak menyedarinya. Jika masih bersedih hati, atau jika ada antara rakan-rakan atau sanak-saudara yang sering mengasak dengan pertanyaan tentang zuriat, katakanlah kepada diri dan juga rakan-rakan dan saudara tadi maksud daripada ayat quran ini:

“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” – Asy-Syuura:49-50

Akhir sekali, jangan lupa untuk membanyakkan amal ibadah kepada Allah. Selalulah meminta pertolongan dan berdoa kepada-Nya. Semoga suatu hari nanti Allah akan memberikan zuriat untuk kita jika itu yang terbaik untuk diri kita dan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari itu jika itu bukan yang terbaik untuk kita. Wallahu’alam.

Dari aku:  Aku yakin, setiap ujian yang diberikan olehNya pasti ada hikmahnya.. Semoga aku dan suami, TTCians lain tergolong dalam mereka-meraka yang bersabar.. InsyaAllah.. Rezeki Allah maha luas. Akan sampai masa kita juga.. Sentiasa bersangka baik padaNya..


Wallahua'lam





3 comments:

Beyond Mama said...

sy doakn puan akan mdapat zuriat yg diinginkn 1 hari nnt. truskn berusaha n berdoa k

afrah.hana said...

InsyaAllah. Thanks! :')

nik ros said...

nasib kita sama.moga2 ade rezeki kita nanti kan :)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers