Followers

Saturday 28 July 2012

Little Taiwan, Aeon Rawang

Our sweet escape to lil taiwan @ aeon rawang~ ari tu lagi aku nak post tapi asek tade mase..

Aineh sambil baring2 di katil yang empok neh.. Boleh la meluangkan masa sket. Abg cbok tgk bola kat lua tu >_< sskali balik bangi.. (ktorang kat umah mak die) ;) Huu~ balik kepada our sweet lil escape to lil taiwan..

The food is actually not bad!

Aku mlenya tamoh makan kat situ. Sbb takot xsedap. Tapi tatau da makan ape. Nandos i dont like. Pizza no no no. Kedai2 lain pn~ xde tanda halal! So ktorang end up makan kat situ. Alhamdulillah. Kenyang~ bonus point: sedap jgk kedaii..

Thank u bos, belanja makan!


















Selamat mencuba korang!
@ Little Taiwan. Aeon, Rawang
- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday 24 July 2012

Just for sharing ;)

Sebenarnya da penah da bace entry neh. Blog y same. Cme hari neh tkesan lebih sket.. Rase nak reblog..
Pesanan/peringatan untuk suami-suami di luar sana..





Alangkah bahagia nye kalau suami-suami kat luar sana boleh buat smua tu.. Well at least tolong dgn ikhlas.. >_<


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday 15 July 2012

Please save our muslims in burma







They cant speak, but they have heart.. Please save them~ :'(

What a meaningful pics n quotes..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Hehe





;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday 13 July 2012

Hampeh!

Kedai fon kat slayang mall. Hampeh. Pmpn cina kat cni mmg kurang ajar. Mcm kita tade duet plak nak bli fon tu.. Tuih!
Mmg da kne label. Jgn pegi kat kedai neh every1! Level 1 slayang mall. Kedai fon dgn papan tanda hotlink! Pmpn cina rambut pnjg~ cbok nak maen handfon je. Layan customer pn malas. Siut je!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday 6 July 2012

Zuriat

Hari ini hari jumaat.. Hohohoh (tanda gembira) hihi~ malam neh nak g melawat adeq aku kat spital serdang.. bertambah sorang lagi anak sedara aku ;) another baby boy.

Huhu~ aku nak baby jgk. Huu. Lame (same story) >_<

Aku terkesan lepas baca satu komen dari satu thread neh:

:) salam ukhwah.. di sini ingin ana luahkan isi hati ana sbg seorang wanita dan isteri.. setelah 2 thn ana berkahwin, ana belum dikurniakan zuriat lagi.. hati ini sayu apabila melihat pasangan lain bergembira menerima perkhabaran tentang kedatangan "ahli baru" dlm kluarga mereka. ana selalu tertanya2 di mana silap ana..kdg2 ana salahkan diri ana..astaghfirullah.. tipis sungguh iman ana.. xkurang juga syaitan memainkan perasaan ana, andai suami ingin kahwin lain jika ana tidak mampu lahirkan zuriat..  tapi syukur,alhamdulillah suami, mak ayah dan sahabat bnyak memberi sokongan.. sekarang ini ana masih  mengumpul kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup untuk menjadi wanita solehah.. tapi hati ini kdg2 terfikir siapa yg akan mendoakan aku andaikata aku tidak punya zuriat?.. bila ana terfikir soal itu sekali lagi airmata ini jatuh tak tertahan2.. 


Komen beliau:

 Allah SWT berfirman, "Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. " (asy-Syura: 49-50).

Di satu sudut, bersyukurlah puan telah mempunyai suami, tambah lagi suami yang memahami dan supportive....itu satu anugerah yang besar...puan telah terhindar dari salah satu fitnah dunia dengan adanya suami, puan telah terhindar dari satu gelaran jelek 'andartu', 'andalusia' atau 'tak laku', puan telah terhindar dari salah satu pandangan sinis masyarakat dengan adanya suami.... lihat saya ni, suami pun tak ada, jauh sekali mempunyai zuriat...

Di satu sudut lain... bersabarlah dengan ujian Allah yang diturunkan kepada puan....'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'... faham dengan apa yang dirasai puan...sepertimana sayunya hati orang yang tidak bertemu jodoh, seperti itulah sayunya hati orang yang menginginkan zuriat di kala melihat kegembiraan dan kebahagiaan orang lain.... semoga puan menjadi lebih kuat dan tabah... apa pun bergembiralah bersama suami dan cubalah berikhtiar mengikut saranan halaqian di atas....


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terkesan jugak bila baca thread neh.. Sesungguhnya Allah tu lagi maha mengetahui.. maha mengasihani.. Mustahil Allah nak menganiayai kita selain dari menguji dan menyayang. Makanye sesedih mana pun aku harap aku akan sentiasa ingat Allah tu sentiasa ada bersama aku..

Just for sharing.. Semoga TTCians lain pun dapat kuatkan semangat menghadapi ujian Allah yang satu ini...

From http://mindatahwil.blogspot.com/2011/11/anak-rezeki-kurniaan-ilahi.html

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sudah lama terniat di hati untuk menulis berkenaan isu ini. Ketika kakak sering mengadu belum hamil sedangkan sudah lebih kurang 6 bulan berkahwin, tetapi diri sendiri pun tiada kekuatan untuk menulis memandangkan saya sendiri juga masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah setahun berkahwin.

Bersembang dengan sahabat lama melalui facebook sebentar tadi membuatkan saya kembali bersemangat untuk menulis entri ini. Sahabat juga mempunyai masalah yang sama, masih juga belum dikurniakan rezeki zuriat walaupun berkahwin pada awal tahun ini dan membuatkan dia sedikit tertekan. Tambahan pula rakan-rakan sekerja sibuk bercakap-cakap dan bertanya soalan yang boleh menimbulkan kesedihan dan tekanan buatnya.

Lumrah bagi kaum wanita untuk berasa tertekan jika sering diasak dengan soalan tentang kehamilan. Apatah lagi jika usia perkahwinan sudah melebihi 6 bulan, tetapi masih juga tidak hamil dan si wanita/isteri itu seorang yang sukakan budak-budak dan sangat teringin untuk memiliki cahaya mata sebaik sahaja berkahwin.

Saya sendiri terkadang merasa tertekan dan sering berusaha menjadi tabah dengan memujuk diri sendiri. Mungkin kerana kami baru menikmati alam percintaan selepas nikah, jadi Allah sengaja memberi masa kepada kami untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan untuk lebih banyak masa berdua sebelum Dia memberikan zuriat kepada kami. Itulah yang saya sering fikirkan apabila masih juga gagal untuk hamil. Cuba untuk menjadi positif agar tidak bersedih hati.

Sebagai manusia, kita harus percaya anak juga adalah rezeki dari Allah Ta’ala, sama seperti harta dan kemewahan. Walaupun kita berusaha sehabis baik, tetapi Allah telah menyatakan bahawa ia bukan rezeki kita, maka kita harus terima sahajalah dengan redha. Mungkin kita belum betul-betul berusaha sehabis baik, atau mungkin saja amalan kita belum cukup ataupun kita tidak bertawakkal dan serahkan segalanya kepada Allah. Maka, mungkin disebabkan itu rezeki kita tertahan.

Apa yang penting adalah untuk sentiasa berfikir positif. Mungkin ada yang mengatakan menulis/berkata-kata itu lebih mudah daripada melakukannya. Ya, saya setuju. Memang susah untuk membuatkan diri berfikir positif, tetapi kita harus berusaha untuk berfikiran positif kerana dibimbangi fikiran yang negatif akan membuatkan kita berputus asa dari rahmat Allah. Na’uzubillah.

Jika diikut perasaan memanglah sedih, tetapi kita harus ingat bahawa segala yang Allah tentukan itu ada hikmah yang terselindung. Kalau sudah bertahun-tahun kahwin dan masih belum juga dikurniakan zuriat, janganlah bersedih hati. Setiap wanita yang sudah berkahwin, pasti menginginkan zuriat, namun harus diingat ada lagi kurniaan Allah yang lebih baik daripada itu untuk manusia yang beriman dan yang sabar. Allah telah berfirman di dalam al-quran yang bermaksud:

“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” – Al-Anfal:28

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shaleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” – Al-Kahfi:46

“Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal shaleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam surga).” – Saba’:37
“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu): di sisi Allah-lah pahala yang besar.” – At-Taghaabuun:15

Maka, janganlah kita bersedih hati jika masih belum dikurniakan zuriat. Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Mungkin juga Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kita, sedang kita tidak menyedarinya. Jika masih bersedih hati, atau jika ada antara rakan-rakan atau sanak-saudara yang sering mengasak dengan pertanyaan tentang zuriat, katakanlah kepada diri dan juga rakan-rakan dan saudara tadi maksud daripada ayat quran ini:

“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” – Asy-Syuura:49-50

Akhir sekali, jangan lupa untuk membanyakkan amal ibadah kepada Allah. Selalulah meminta pertolongan dan berdoa kepada-Nya. Semoga suatu hari nanti Allah akan memberikan zuriat untuk kita jika itu yang terbaik untuk diri kita dan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari itu jika itu bukan yang terbaik untuk kita. Wallahu’alam.

Dari aku:  Aku yakin, setiap ujian yang diberikan olehNya pasti ada hikmahnya.. Semoga aku dan suami, TTCians lain tergolong dalam mereka-meraka yang bersabar.. InsyaAllah.. Rezeki Allah maha luas. Akan sampai masa kita juga.. Sentiasa bersangka baik padaNya..


Wallahua'lam





Monday 2 July 2012

Our dinner today ^_^

Krorang dinner lambat aineh. Aku start masak lambat. 4.30 baru thegeh2. 6.30 abg balik, baru siap masak puding roti, mashed potato ngan brown black pepper sauce.. Fish fillet ngn coleslaw xsiap lagi~ magrib ktorang g dgr kuliah kat surau. Balik dlm kul 9, baru smbung memasak. 10++ siap everything.. :) at last dpt mkn jgk.. Aineh selera western.. ;p 2 july 2012.. We are happily married for 1 year and 1 day today.. May Allah bless our marriage.. May we will be bless with lots of children sooner insyaAllah. Till then, thank u Allah for all the loves~

























Pudding roti bakar
Tempura fillet fish
Broen black pepper sauce
Mashed potatoes
Coleslaw with grapes and honey cornflakes ;)
Fresh milk bandung

Wallah. Alhamdulillah ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

-_-

Lelaki kat dpn aku neh (aku tbce txt msg beliau) txt msg kwn die cakap nak g indon cari pmpn yang cun dan gedik2.. Da ada uban tu~ Aku tanak syak ppe. Tp da tua cmtu xkan xde isteri. I bet he got a wife at home. Xckp lagi ke??




What's wrong with the guys nowadays..

Perempuan pn manusia, ada perasaan juga..

We can flirt too,
We can look at other handsome guys around us,
We can play kayu tiga..
But we choose not to~
because we know, there's Allah rules that we need to follow..
And because we love our husband with all our heart..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday 1 July 2012

Klinik gigi gomen

Lets see how they put together their services out here..

Person in charge at the counter? -out. 3/10

Next.. Waiting.. Patiently..

Gosh. The clinics both kk rawang and klinik pergigian is only 3 mins from the house (our house)! ;)







overall since the dentist pn baik.. i think i would come again later.. hopefully not sooner ;)

dr cakap gigi aku ok je. syg kalau kne tampal sbb tade lobang lagi.. soh berus berus berus dlu. haip. yes bos! ^_^

- Posted using BlogPress from my iPhone

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers