Ok tajuk agak mlampau di situ.. Hehe~
Ctenya lbh krg mcm neh. Abg ttbe cte kat aku. Kekawan die nga sebok2 pasal satu kopi neh yang bila minum 'benda tu' akan naik. Sonok la dorang. Jadi bebudak tempat kje die akan mnm suku je. Sbb kalau minum suku mmg konfem akan naik jgk. Ada sorang neh terminum sepeket 2 jam lepas minum tak trn2.. Hehehe. Tgolak golak aku lepas denga cte neh. Tak keruan bdk tu. Panas. Hot hot. Dlm ramai-ramai ade sorang neh tamo minum jgk. Bila dorang tye knpe tamo minum, die kate: "xde kelulusan kkm". Mmg tros kne gelak on the spot ok!
Pergh
For the info: aku mmg da pesan kat hubby aku. Jgn minum/mkn sebarangan.
Ok serious part tuk mereka y obses kurus/part tegang menegang
-----------
Senarai KOPI BERACUN dan cara mengesannya
Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.
Penggunaan bahan pelangsing seperti Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ badan lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan psikosis.
Sekiranya ia bercampur dengan bahan nitrat yang ada dalam ubatan lain, ia boleh menyebabkan kesan kardiovaskular atau serangan jantung.
Di Malaysia, penggunaan Sildenafil, Tadalafil dan Verdanafil biasa digunakan bagi rawatan mati pucuk bagi lelaki yang sudah mendapatkan pengesahan doktor bertauliah, namun dewasa ini peggunaannya disalahgunakan untuk kepuasan seks yang melampau.
Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.
Cara mengesan produk minuman dicampur racun
Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.
Senarai kopi beracun
Antara produk minuman segera yang dikenal pasti dicampur dengan bahan terlarang dan sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan adalah seperti berikut :
1. Kopi Asmara
2. Candi 193
3. Extend Up Energy Drink
4. Extremen
5. Extrewomen
6. Goji Guarana
7. Goji Guarana Extra
8. Goji More
9. Goji Yumberry
10.Guara Cafe
11.HBW Ice Lemon Tea
12.Hotton Vitality Candy
13.Ie2 O
14.King Capuccino
15.Knight Cofee
16.Koleksi Cafe Power Plus
17.Kopi Angguk
18.Cafe Abang Yes
19.Kopi Bagus AAA
20.Kopi Pahlawan
21.Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
22.Maca Max
23.Macagin Ginseng Candy
24.Mentalk Candy
25.Nexus MXP
26.Night Cafe
27.Red Enegizer Candy For Men
28.Royal Beverage Maqrifatun
29.Sasanergy Drink
30.Trica Jus
31.Tri-Max
32.True SR,
33.Vigor Candy
34.Vitca-F
35.Vitca-M
36.Winnie Beauty V1
37.XKL Sky Fruit Juice Premix
38.Kopi Super Angguk
39.Candi Gold
40.Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
Eksklusif Kopi beracun
Minum aje kopi Cap Kapal Api, selamat
Tuk senarai produk2 info2 lain korang boleh search --> bpfk
Aku da soh abg whats app infom kekawan die sbb kopi y dorang bli tu pn 5 hengget sepeket~
So korang jgn le taksub sgt produk2 kecantikan kopi kurus bagai.
Nanti aku akan tulis cara nak kenal pasti ubat mne selamat atau tak.
Y penting jgn tpengaruh ngn propaganda2 iklan y ntah hape2~
Da ada iklan2 y kne cas (saman) kat fb tu. Jadi sme pn perlu dipastikan btol2 slamat atau tak produk2 tu tak kira ape pn~
Papepn: be wise. Jgn mudah terpengaruh ngn propaganda iklan2 ok ;)
Till then,
Luv, xoxo ;)
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment