Followers

Friday, 20 April 2012

Produk2 yang mungkin membantu sepanjang ber TTC

Banyak btol petua2 dorang2 neh kat blog. Nak cari balik takot macam susah. Makenya baik aku letak je info2 tu kat cni.. Kalau bermanfaat untuk orang lain bagusla... Tapi yang penting benefitnye aku pn ley ase jugak. Info berguna untuk kegunaan mase depan! insyaAllah!!

credit to: nurulhikari

Pati delima

* bakar kalori / lemak
* menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi
* utk lelaki / wanita – meningkatkan keupayaan libido (seksual)
* mengetatkan rahim (sambil meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra)
* 100% dapat mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
* melancar aliran darah
* memperelok perjalanan haid
* mengempiskan perut
* mengeluarkan peluh / toksin
* melegakan sakit kepala
Setakat ni, itu saja perubahan yang kami alami.. baru je seminggu kan.. harga pun tak la mahal- sebotol (250ml) cuma RM24 sahaja ..

EPO (evening primrose oil)

Copy from one of the blogs yang aku bace

Katenya: " mungkin saya agak lewat menulis ini..

Setelah 3 bulan amalkan EPO, memang saya akui kesan ketaranya sudah muncul..
cuma baru-baru ni la.. saya perasan CM saya kelihatan lebih banyak.. saya juga berjaya menemui EW untuk cycle ni.. alhamdulillah.. (pertama kali saya melihat EW yang jernih itu..-euwww.. sori ye).. saya menjumpainya ketika cuti hari raya minggu lepas..

Mungkin kesan setiap orang berbeza-beza.. dan saya juga amalkan EPO bersama-sama clomid.. nasihat gynea, clomid bersifat mengeringkan faraj.. EPO pula akan membantu menghasilkan 'lubricant' semulajadi..oleh itu, harus makan bersama. Balance.

Suppliment lain, yang saya cuma makan jarang-jarang (haha), adalah asid folic dan habbatussauda'.. pati delima pulak dah habis.. dah tak sambung minum lagi.."

TAUGEH 

Petua ni untuk sesiapa yang kurang subur disebabkan ovum tak keluar dari ovari. Cara-caranya:



1. Ambil segenggam kacang hijau dan rendam dalam air selama 2 jam.
2. Biarkan ia menjadi taugeh yang tak panjang (taugeh yang pendek). ianya ambil masa kira-kira 3 hari sahaja.
3. Rebus taugeh tersebut (air sebanyak 2 gelas) selama kira-kira 10 minit sahaja.
4. Minum air tersebut pada setiap pagi sebelum sarapan selama waktu datang period.

Taugeh amat berkhasiat untuk persiapan ibu2 untuk mengandung. Ini kerana taugeh mengandungi hormon estrogen & progesterone semula jadi. Ia juga baik untuk penyakit kanser. Boleh mengurangkan/menghilangkan senggugut ketika period. menghasilkan mucus yang baik setiapp kali waktu subur dimana provide vagina discharge.


FENUGREEK DR'S CHOICE PLUS HABBATUS SAUDA

trial kedua

Oleh kerana first cycle hari tu dah terlepas, mungkin sebab period pun dah tak teratur.. tarikh last 15/01/11.. itu pun period setitik-setitik selama 7 hari.. padahal dua minggu sebelumnya dah period.. 28/12/10..

so kali ni saya buat sebuah blog, untuk trial kedua ni saya akan catit apa sahaja yang saya makan...(NAK BUAT RUJUKAN AKAN DATANG)

hari ke 6 period

7.00 am -
Pagi ni sarapan milo dan biskut kering je.. sambil makan tu, dengar hot f.m..
awal pagi lagi encik suami dah bangun untuk ke pejabat awal pagi ni..terlewat dah.. sebab sambung tido lepas subuh..hehe..sekarang ni saya dah amik cuti sampai bulan mei ni.. nak jadik suri rumah sekejap.. ada sebab tu tau!..
Ni, dah jadi suri rumah macam biasa la, awal-awal ni masih malas nak mulakan apa-apa.. so, internet la..apa lagi..lepas ni baru nak buat hal-hal lain macam basuh baju ke.. kemas apa-apa yang semak ke..hehe

Bukak facebook, sembang ngan Pidah, cerita dia dah lekat setelah 3 tahun berkahwin.. usaha memang banyak tak terkira dah.. duit pun dah jenuh berhabis.. last 3 weeks, dia try minum susu kambing blender ngan kurma.. lepas tu pegi mengurut kat sorang bidan tu di Putrajaya... usaha terkini membuahkan hasil.. alhamdulillah.. gembira untuk dia..

10.20 am -
minum fenugreek chocolate instant.. dikatakan baik untuk peredaran darah.. haid saya pun dah lintang pukang ni.. baru nak try.. sedap jugak..

hari ke 7 (dah suci)
10.30am-
minum fenugreek chocolate mix secawan sambil tengok tv.. takde cerita best.
Lepas minum ni, semalam keluar banyak juga period saya.. malam terus bersih habis.. biasanya saya sampai 7 hari period, kali ni hari ke6 je dah suci malamnye..Halba (fenugreek) ni rempah ajaib kata orang arab.. selain boleh melancarkan darah haid dan meningkatkan nafsu shahwat, dikatakan boleh perbanyakkan susu bagi ibu yang menyusukan anak..cuma tak elok diambil oleh wanita hamil.. sebab dia kan melancarkan darah..kang turun darah lak...

Nak sambung siapkan jahit baju melayu encik suami la hari ni..supaya esok pagi (jumaat) dia dah boleh pakai ke office..Tinggal nak jahit butang je lagi.. ni baju kedua saya jahit dalam masa cuti ni. Baju kurung saya belum buat baju je lagi, kainnya dah siap dah.. hehe..warna sedondon lagi tau!

2.30pm -
siap selesai cuci baju melayu baru untuk encik suami..jejeng.. mood sangat happy. Boleh join semula forum. Nak ikut perkembangan terbaru..
Lepas makan tengahari tadi, saya telan habbatus sauda' kapsul (HPA), ni saya beli kat kedai area rumah saya je..


Setakat neh, neh je la yang aku baru jpe... Kalau google jumpe pape lagi akan ku war warkan dalam blog aku neh... 

2 comments:

Unknown said...

info yg sangat membantu...

Unknown said...

Itula.. Nti ingat nk cbe ;p

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers