Followers

Sunday 30 June 2013

Poligami

Assalammualaikum all,

Hari ni rasa rajin sangat nak mengupdate blog. Tak tau knpe. Actually, entry ni berkait rapat ngn isu yang paling atau sukar skali utk dibincangkan oleh wanita. Terlalu sensitif skali. Mungkin bukan utk perempuan lain. Tapi ye utk aku..

Lets read this article from maryam al batul. Its explain well sama macam ape y aku rasa ttg isu ni. Well some of it adalah isi hati die atau luahan atau conversation in between of her and her husband. But most of the points relate to how i actually felt regard to this matter.

Rupanya sama je hati perempuan ni..

But as for me. Setelah difikirkan dengan akal yang waras dan dalam keadaan yang tenang. Semua adalah qada' dan qadar Nya. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. One of my workmate at the hosp said this to me: "kalau aku tak bolehla. Rela hidup sendiri. Bercerai lebih baik".

Tau yang diri sendiri tak rela untuk di madukan. Kalau tak takkan aku merajuk sampai tak bagi abg dgr kuliah si ustaz tu (still tak bagi lagi sampai skrg tu >_<) harap abang faham.. Tapi benda tak berlaku lagi kenapa nak difikirkan sangat. Things happen for a reason. I broke up with my ex and after that alhamdulillah, i met abg. Someone that i can lean and trust on to dan berharap agak ia kekal hingga ke akhir hayat. Siapa sangka? Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.. Semua kesedihan hanya lah sementara. Like what maryam said: kita sendiri tak tau entah mungkin kita akan dilamar sebagai isteri kedua?

----------

Credit to: maryam al batul

Saturday

Poligami?

maryamalbatul: waktu nak kawen kedua tu, isteri pertama yg dtg lamar calon isteri kedua

maryamalbatul: lepastu baru kawen 3 tahun kot, suami dah kawen yg ketiga, baru2 ni je

muhammad al-athiq: owh.. hahahaa....macam mustahil plak berlaku kat abg... hahahaa

maryamalbatul: hehehe

maryamalbatul: yang ayg dpt fikir, possibility adalah ayang bawak ameer faheem lari dan hilang tanpa dikesan ;P

muhammad al-athiq: hahahaaa

(p/s: yg mcm mustahil bagi abang adalah mustahil untuk aku melamar muslimah lain untuk menyertai keluarga kami)

Sebetulnya tadi aku baca blog isteri seorang tokoh (betul ke ni?? sampai sekarang masih ragu-ragu dan tidak percaya dengan info ini). Perkahwinannya kerana agama. Link blog tu didapati dari facebook, lantaran ada yg mewar-warkan.

Banyak nasihat dicoretkan dalam blog itu, tetapi hati keras dan degil wanita bernama Maryam al Batul, tidak dapat menerima baik perkara itu... tetapi Alhamdulillah mereka bahagia :) lekas2 menghentikan bacaan sebelum menjadi emotional dan menyerang abang tanpa hujung pangkal^_^ Abang seperti biasa tidak suka aku menyelami perkara yang mengganggu emosi, katanya blog itu hanya untuk mereka yang bersedia dan willing.

Poligami. Isu yang aku tidak suka kupas dan bincangkan. Bahkan bagi kebanyakan wanita. Sesuatu yang telah aku rasakan keperitannya, biarpun bukan dari kacamata seorang isteri. Hati sememangnya susah untuk dijinakkan, dan aku mengambil positif perkara ini tatkala ummahatul mukminin juga cemburu sesama mereka. Bukankah Rasulullah itu sesempurna suami? Poligami bukanlah sunnah yang dianjurkan tapi hanyalah satu keharusan dan jalan keluar dalam keadaan yang mendesak. Ramai yang salah faham akan perkara ini. Tidak semua yang halal itu indah. Seperti talaq. Ia halal tapi cukup dibenci Allah. Namun ia juga jalan keluar bagi perkahwinan yang seumpama neraka dunia.

Kekuatan setiap wanita berbeza, justeru jalan yang dipilih Allah untuknya juga berbeza.. bengkok wanita itu juga ada yang mudah dilentur, ada yang senang sahaja untuk patah bilamana cuba utk diluruskan.

Saya sarankan bagi para suami, bacalah buku ini sebelum berfikir untuk berpoligami.

"Sebarkan cintamu by fatimah syarha mohd noordin".

Sebenarnya aku pun belum baca buku ini, hanya mendengar sinopsis dari Ummi yang sedang dalam fatrah menggilai novel Fatimah Syarha hehehe (abang tahu tak, ummi pinjam novel FS yang abang hadiahkan kat ayang dulu... ayang pun x baca lagi novel tu ;p)

Nak harapkan abang baca? Seperti mengharapkan... pendek kata impossible ;p aku tahu artikel sepanjang satu muka menggunakan font Times New Roman size 10 pun payah nak minta abang baca... abang rajin baca blog ni je, itupun baca kuat2 sampai aku yang di dapur pun dapat mendengar setiap butir kata huu. tapi aku yakin dengan kejujuran dan cinta abang insyaAllah :) aku tak ingin memikirkan tentang poligami sehingga mungkin suatu waktu kehadapan, taqdir Allah ada keperluan kepadanya... jua tidak tahu perancangan Allah untuk diri ini, entahkan akan dilamar sebagai isteri kedua suatu hari nanti...

Ummu Ameer at 5:55 PM

Wallahu a'lam

1 comment:

Unknown said...

Sy tak pernah terpikir pasal tajuk ni..Sbb sy takut utk hadapinya..Rasa tak sanggup...Andai itu ketentuan ALLAH sy pun tak pasti apa yang akan terjadi pada diri sy..Wallahua'lam

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers