Hari ini hari jumaat.. Hohohoh (tanda gembira) hihi~ malam neh nak g melawat adeq aku kat spital serdang.. bertambah sorang lagi anak sedara aku ;) another baby boy.
Huhu~ aku nak baby jgk. Huu. Lame (same story) >_<
Aku terkesan lepas baca satu komen dari satu thread neh:
salam ukhwah.. di sini ingin ana luahkan isi hati ana sbg seorang
wanita dan isteri.. setelah 2 thn ana berkahwin, ana belum dikurniakan
zuriat lagi.. hati ini sayu apabila melihat pasangan lain bergembira
menerima perkhabaran tentang kedatangan "ahli baru" dlm kluarga mereka.
ana selalu tertanya2 di mana silap ana..kdg2 ana salahkan diri
ana..astaghfirullah.. tipis sungguh iman ana.. xkurang juga syaitan
memainkan perasaan ana, andai suami ingin kahwin lain jika ana tidak
mampu lahirkan zuriat.. tapi syukur,alhamdulillah suami, mak ayah dan
sahabat bnyak memberi sokongan.. sekarang ini ana masih mengumpul
kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup untuk menjadi wanita
solehah.. tapi hati ini kdg2 terfikir siapa yg akan mendoakan aku
andaikata aku tidak punya zuriat?.. bila ana terfikir soal itu sekali
lagi airmata ini jatuh tak tertahan2..
Komen beliau:
Allah SWT berfirman, "Bagi
Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia
menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak
perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan
anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Dia
mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan
Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia
Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. " (asy-Syura: 49-50).
Di
satu sudut, bersyukurlah puan telah mempunyai suami, tambah lagi suami
yang memahami dan supportive....itu satu anugerah yang besar...puan
telah terhindar dari salah satu fitnah dunia dengan adanya suami, puan
telah terhindar dari satu gelaran jelek 'andartu', 'andalusia' atau
'tak laku', puan telah terhindar dari salah satu pandangan sinis
masyarakat dengan adanya suami.... lihat saya ni, suami pun tak ada,
jauh sekali mempunyai zuriat...
Di satu sudut lain...
bersabarlah dengan ujian Allah yang diturunkan kepada puan....'berat
mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'... faham dengan apa yang
dirasai puan...sepertimana sayunya hati orang yang tidak bertemu jodoh,
seperti itulah sayunya hati orang yang menginginkan zuriat di kala
melihat kegembiraan dan kebahagiaan orang lain.... semoga puan menjadi
lebih kuat dan tabah... apa pun bergembiralah bersama suami dan cubalah
berikhtiar mengikut saranan halaqian di atas....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terkesan jugak bila baca thread neh.. Sesungguhnya Allah tu lagi maha mengetahui.. maha mengasihani.. Mustahil Allah nak menganiayai kita selain dari menguji dan menyayang. Makanye sesedih mana pun aku harap aku akan sentiasa ingat Allah tu sentiasa ada bersama aku..
Just for sharing.. Semoga TTCians lain pun dapat kuatkan semangat menghadapi ujian Allah yang satu ini...
From http://mindatahwil.blogspot.com/2011/11/anak-rezeki-kurniaan-ilahi.html
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sudah lama terniat di hati untuk menulis
berkenaan isu ini. Ketika kakak sering mengadu belum hamil sedangkan
sudah lebih kurang 6 bulan berkahwin, tetapi diri sendiri pun tiada
kekuatan untuk menulis memandangkan saya sendiri juga masih belum
dikurniakan cahaya mata walaupun sudah setahun berkahwin.
Bersembang dengan sahabat lama melalui
facebook sebentar tadi membuatkan saya kembali bersemangat untuk
menulis entri ini. Sahabat juga mempunyai masalah yang sama, masih juga
belum dikurniakan rezeki zuriat walaupun berkahwin pada awal tahun ini
dan membuatkan dia sedikit tertekan. Tambahan pula rakan-rakan sekerja
sibuk bercakap-cakap dan bertanya soalan yang boleh menimbulkan
kesedihan dan tekanan buatnya.
Lumrah bagi kaum wanita untuk berasa
tertekan jika sering diasak dengan soalan tentang kehamilan. Apatah
lagi jika usia perkahwinan sudah melebihi 6 bulan, tetapi masih juga
tidak hamil dan si wanita/isteri itu seorang yang sukakan budak-budak
dan sangat teringin untuk memiliki cahaya mata sebaik sahaja berkahwin.
Saya sendiri terkadang merasa tertekan dan
sering berusaha menjadi tabah dengan memujuk diri sendiri. Mungkin
kerana kami baru menikmati alam percintaan selepas nikah, jadi Allah
sengaja memberi masa kepada kami untuk lebih mengenali antara satu sama
lain dan untuk lebih banyak masa berdua sebelum Dia memberikan zuriat
kepada kami. Itulah yang saya sering fikirkan apabila masih juga gagal
untuk hamil. Cuba untuk menjadi positif agar tidak bersedih hati.
Sebagai manusia, kita harus percaya anak
juga adalah rezeki dari Allah Ta’ala, sama seperti harta dan kemewahan.
Walaupun kita berusaha sehabis baik, tetapi Allah telah menyatakan
bahawa ia bukan rezeki kita, maka kita harus terima sahajalah dengan
redha. Mungkin kita belum betul-betul berusaha sehabis baik, atau
mungkin saja amalan kita belum cukup ataupun kita tidak bertawakkal dan
serahkan segalanya kepada Allah. Maka, mungkin disebabkan itu rezeki
kita tertahan.
Apa yang penting adalah untuk sentiasa
berfikir positif. Mungkin ada yang mengatakan menulis/berkata-kata itu
lebih mudah daripada melakukannya. Ya, saya setuju. Memang susah untuk
membuatkan diri berfikir positif, tetapi kita harus berusaha untuk
berfikiran positif kerana dibimbangi fikiran yang negatif akan
membuatkan kita berputus asa dari rahmat Allah. Na’uzubillah.
Jika diikut perasaan memanglah sedih,
tetapi kita harus ingat bahawa segala yang Allah tentukan itu ada
hikmah yang terselindung. Kalau sudah bertahun-tahun kahwin dan masih
belum juga dikurniakan zuriat, janganlah bersedih hati. Setiap wanita
yang sudah berkahwin, pasti menginginkan zuriat, namun harus diingat
ada lagi kurniaan Allah yang lebih baik daripada itu untuk manusia yang
beriman dan yang sabar. Allah telah berfirman di dalam al-quran yang
bermaksud:
“Dan
ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan
dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” – Al-Anfal:28
“Harta
dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan
yang kekal lagi shaleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu
serta lebih baik untuk menjadi harapan.” – Al-Kahfi:46
“Dan
sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang
mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun; tetapi orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal-amal shaleh, mereka itulah yang memperoleh
balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan;
dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam surga).” – Saba’:37
“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu): di sisi Allah-lah pahala yang besar.” – At-Taghaabuun:15
Maka, janganlah kita bersedih hati jika
masih belum dikurniakan zuriat. Allah mengetahui apa yang tidak kita
ketahui. Mungkin juga Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik
dari itu untuk kita, sedang kita tidak menyedarinya. Jika masih
bersedih hati, atau jika ada antara rakan-rakan atau sanak-saudara yang
sering mengasak dengan pertanyaan tentang zuriat, katakanlah kepada
diri dan juga rakan-rakan dan saudara tadi maksud daripada ayat quran
ini:
“Kepunyaan
Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia
kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia
kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia
kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan
(kepada siapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa
yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” – Asy-Syuura:49-50
Akhir sekali, jangan lupa untuk
membanyakkan amal ibadah kepada Allah. Selalulah meminta pertolongan
dan berdoa kepada-Nya. Semoga suatu hari nanti Allah akan memberikan
zuriat untuk kita jika itu yang terbaik untuk diri kita dan
menggantikan sesuatu yang lebih baik dari itu jika itu bukan yang
terbaik untuk kita. Wallahu’alam.
Dari aku: Aku yakin, setiap ujian yang diberikan olehNya pasti ada hikmahnya.. Semoga aku dan suami, TTCians lain tergolong dalam mereka-meraka yang bersabar.. InsyaAllah.. Rezeki Allah maha luas. Akan sampai masa kita juga.. Sentiasa bersangka baik padaNya..
Wallahua'lam